Utusan Borneo (Sarawak)

Latihan, ceramah mengenai langkah keselamata­n serta pencegahan kebakaran perlu dipergiatk­an

-

KUCHING: Latihan dan ceramah mengenai langkahlan­gkah keselamata­n serta pencegahan kebakaran perlu dipergiatk­an lagi terutama kepada penduduk di rumah panjang.

Pengerusi Dayak ThinkTank Group (DTTG) Bintulu Agat Sagai berkata insiden kebakaran membabitka­n rumah panjang semakin meningkat dan menghantui penghuni rumah panjang.

Malah, katanya baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa siri kebakaran rumah panjang yang menyebabka­n kemusnahan 100 peratus struktur bangunan dan harta benda termasuk meragut nyawa.

“Konsep rumah panjang tanpa menitikber­atkan ciriciri keselamata­n antara penyumbang risiko kebakaran yang tinggi membabitka­n rumah panjang.

“Sebagai contoh, sistem pendawaian yang melebihi 10 tahun, tanpa pili bomba atau tidak berfungsi, dan alat pemadam api tamat tempoh menyukarka­n lagi api dipadamkan.

“Keadaan bertambah buruk disebabkan kedudukan rumah panjang yang terletak jauh di kawasan luar bandar dan menyukarka­n pihak bomba dan penyelamat tiba trpat pada masanya jika berlaku kebakaran.

“Sebab itu, kita berharap pihak berkuasa yang berkenaan, akan turun padang lebih kerap untuk memberi latihan kepada penduduk rumah panjang berhubung langkah-langkah mencegah kebakaran serta ciri- ciri kelamatan yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Tambah Agat, menerusi latihan menggunaka­n alat pemadam api atau khidmat nasihat mengenai ciri-ciri keselamata­n ia sedikit sebanyak dapat membantu penghuni rumah panjang mencegah serta mengawal api daripada marak jika berlaku kebakaran.

Meskipun tidak semua harta benda dapat diselamatk­an namun yang paling penting tiada lagi nyawa yang akan terkorban jika berlaku kebakaran membabitka­n rumah panjang.

Pihak berwajib katanya, juga perlu mengambil langkah memperkena­lkan polisi insurans kepada setiap rumah panjang bagi melindungi mereka daripada kebakaran.

 ??  ?? AGAT SAGAI
AGAT SAGAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia