Utusan Borneo (Sarawak)

Dua dipenjara terima deposit lebih RM400 juta tanpa lesen

Tertuduh adalah bekas pengarah The Gold Label Sdn Bhd

-

KUALA LUMPUR: Dua bekas pengarah syarikat pelaburan emas masingmasi­ng dihukum penjara lima bulan dan empat bulan serta didenda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM400 juta daripada orang awam tanpa lesen sah, lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Norsharida­h Awang menjatuhka­n hukuman penjara lima bulan ke atas How Soo Feng, 43, dan empat bulan terhadap Liew Choon Khee yang merupakan bekas pengarah The Gold Label Sdn Bhd, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara lima bulan dan denda RM500,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan terhadap How manakala Liew pula dihukum penjara empat bulan dan denda RM500,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah memerintah­kan hukuman terhadap wanita dan lelaki itu berjalan serentak mulai semalam.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara terhadap keduadua tertuduh itu, tetapi tidak membenarka­n permohonan mereka untuk menangguhk­an hukuman denda tersebut.

Dalam keputusann­ya, hakim berkata, mahkamah mendapati sepanjang perbicaraa­n pihak pembelaan tidak menafikan penglibata­n kedua-dua tertuduh.

“Berikutan itu mahkamah mensabitka­n kedua-dua tertuduh terhadap dua pertuduhan ini,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, How yang diwakili peguam Datuk K. Kumaraendr­an didakwa sebagai pengarah syarikat menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah melalui satu skim yang melibatkan transaksi emas di A-21-1, Tingkat 21, Northpoint Offices, Tower A, Mid Valley City, No. 1, Medan Syed Putra di sini, antara 22 April 2009 dan 6 Mei 2010.

Liew yang diwakili peguam Gooi Soon Seng dituduh atas dua pertuduhan membantu pengurusan syarikat dalam menerima deposit tersebut di tempat dan tarikh yang sama.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukaka­n mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dibaca bersama Seksyen 106(1) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103( 1)( a) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya.

Sebanyak 17 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang berbicaraa­n berlangsun­g sejak 28 Mei 2015.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Bank Negara Malaysia Steve Chin Yung Cheong. — Bernama

Berikutan itu mahkamah mensabitka­n kedua-dua tertuduh terhadap dua pertuduhan ini. Datuk Norsharida­h Awang Hakim

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Mohd Syawaldi dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi semalam selepas disabit kesalahan atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin.
— Gambar Bernama BERSALAH: Mohd Syawaldi dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi semalam selepas disabit kesalahan atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia