Utusan Borneo (Sarawak)

Tengku Sulaiman kalah dalam rayuannya

-

PUTRAJAYA: Cucunda sulung Tengku Ali Ibni AlMarhum Sultan Sulaiman semalam kalah dalam rayuannya untuk mengembali­kan saman beliau.

Tengku Sulaiman Tengku Abdul Halim memohon perisytiha­ran bahawa beliau mempunyai hak dan adalah Sultan Terengganu sebenarnya.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara menolak rayuan Tengku Sulaiman dan mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi Terengganu pada 21 Dis 2016 yang menolak saman itu tanpa meneruskan prosiding perbicaraa­n.

Dalam keputusann­ya, Abang Iskandar berkata panel itu bersetuju dengan hujah peguam Tan Sri Cecil Abraham yang mewakili responden mengenai isu res judicata ( sesuatu perkara yang telah dihakimi sesebuah mahkamah tidak boleh dibawa semula untuk dibicaraka­n) dan tidak boleh diadili.

Abraham mewakili Tengku Muhammad Ismail ibni Al- Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Isa @ Ghazali Endut, Tengku Ibrahim Tengku Hussain, Syed Omar Abdul Kadir Al-Idrus dan Shaikh Harun Shaikh Ismail yang merupakan anggota Dewan Pangkuan Diraja Terengganu.

Bagaimanap­un, panel itu, yang turut dinggotai Hakim Datuk Kamardin Hashim dan Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim mengubah keputusan Mahkamah Ting- gi mengenai kos bagi prosiding Mahkamah Tinggi dan mengurangk­annya kepada RM25,000 daripada RM90,000.

D a l a m k e n y a t - aan tuntutanny­a, Tengku Sulaiman berkata pada 26 Sept 1942, nenda beliau, Tengku Ali ditabal sebagai Sultan Terengganu berikutan kemangkata­n ayahandany­a, Al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni AlMarhum Sultan Zainal Abidin III.

Katanya, Tengku Ali kemudian diperintah menuruni takhta pada 5 Nov 1945 oleh Jemaah Pangkuan Negeri Terengganu (kini dikenali sebagai Dewan Pangkuan Diraja Terengganu), dan ayahanda saudara Tengku Ali, Tengku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al- Marhum Sultan Zainal Abidin III dilantik sebagai Sultan Terengganu.

T e n g k u S u l a i m - an mendakwa, walaupun Putera sulung Tengku Ali, Tengku Abdul Halim baru berusia 11 tahun ketika itu, tetapi baginda berhak menggantik­an ayahandany­a sebagai Sultan Terengganu.

Oleh demikian, beliau menegaskan bahawa sebagai Putera Tengku Abdul Halim dan cucunda sulung Tengku Ali, beliau mempunyai hak untuk menuntut takhta Terengganu.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas keputusan itu diumumkan, Mura Raju berkata beliau akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia