Utusan Borneo (Sarawak)

Elak gangguan ah long, pengurus acara buat laporan palsu didenda

-

KUALA LUMPUR: Garagara mengelak gangguan ah long yang memintanya membayar pinjaman, seorang pengurus acara sebuah syarikat pengiklana­n yang membuat laporan palsu kononnya disamun RM160,000, didenda oleh Mahkamah Majistret Ampang, semalam.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhka­n hukuman denda RM2,000 atau tiga bulan penjara ke atas Eng Meng Chun, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah atas perbuatann­ya itu.

Tertuduh didakwa memberikan maklumat yang dia ketahui dan percayai palsu melalui laporan polis yang menyebabka­n penjawat awam menggunaka­n kuasanya yang sah di sisi undang-undang, yang mendatangk­an bencana atau kegusaran kepada seseorang.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Balai Polis Ampang, di sini pada jam 1.27 petang, 23 Mei lepas mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes tertuduh telah membuat laporan polis palsu bahawa dia telah disamun oleh tiga lelaki ketika dia yang menaiki kereta tiba di hadapan rumahnya di Taman Cempaka di sini.

Tertuduh berkata, suspek telah mengeluark­an pisau dan mengambil begnya yang mengandung­i wang RM160,000 yang baharu sahaja dikeluarka­n dari sebuah bank bagi membayar wang Along.

Namun hasil siasatan polis mendapati tertuduh telah membuat laporan palsu bagi mengelak gangguan berterusan ah long terhadap dia dan keluargany­a.

Ketikarayu­antertuduh­yang diwakili peguam S.Purnima memohon mahkamah hanya menjatuhka­n hukuman denda minima dengan alasan tertuduh telah menyesal dengan perbuatann­ya yang dilakukan bukan dengan niat melakukan jenayah sebaliknya untuk melindungi diri dan keluargany­a.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashima­h Hashim memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berbentuk pengajaran kerana tindakan tertuduh yang memilih jalan singkat dengan membuat laporan palsu untuk melepaskan diri, menyusahka­n anggota polis dan boleh menyebabka­n individu tidak bersalah ditahan polis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia