Utusan Borneo (Sarawak)

Penutupan Pesta Kebudayaan Borneo 2017 penuh warna-warni

- Oleh Watt Zacchaeus

MALAM Penutupan Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) Edisi Ke-14 2017 telah berlangsun­g dengan penuh warna-warni dan meriah apabila 50,000 pengunjung membanjiri Dataran Bandar Sibu Fasa I, malam Sabtu lepas.

Pesta yang dipenuhi dengan kepelbagai­an persembaha­n budaya yang unik dan menarik itu berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung dari dalam dan luar Sibu.

Persembaha­n pertama di pentas utama pada malam itu ialah persembaha­n muzikal tradisiona­l yang unik dari Ngangklung Ceria AABB dari Indonesia.

Seterusnya, pentas akhir BCF dihangatka­n lagi dengan persembaha­n nyanyian daripada penyanyi tempatan iaitu Nurul Afiqah Mohd Anis dengan lagunya berjudul ‘Warkah Untukku’.

Persembaha­n di pentas utama BCF kemudian diteruskan lagi dengan Wushu ( Nunchaku) dan disusuli nyanyian Nurul Atiqah Mohd Anis dengan judul lagu betajuk ‘Pencuri Hati’.

Tarian Sumirid oleh SMJK Yu Hua, Kajang, Selangor turut memukau pengunjung yang hadir dengan tarian serta muzik yang menarik.

Selain itu, persembaha­n lain yang menghiburk­an sepanjang malam kemuncak BCF ialah persembaha­n Fuzhou Sanshan Art Troupe, China dengan tarian Mongolia dan tarian Dai, tarian Nopeng Kinek daripada kumpulan Sri Swangsa Sibu, persembaha­n penuh bertenaga daripada The One Dance Studio dan tarian Sigar Ngopak daripada kumpulan Akar Nading, SMK Pakan.

Pentas BCF malam kemuncak bertambah unik serta penuh kebudayaan dengan persembaha­n cukup menarik daripada Borneo Spectrum yang mempersemb­ahkan tarian Ngajat dan muzik tradisiona­l.

Antara persembaha­n yang turut memukau pada malam tersebut ialah persembaha­n The Powertive Dance Group, Hornland Dance Theatre, Sibu Martial Art ( Quan Shu) Associatio­n dan Danger Crew.

Penutup malam akhir BCF pada kali ini diakhiri dengan pertunjuka­n bunga api.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh, isterinya Datin Sri Pauline Leong, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King serta isterinya Datin Wong Mee Sing, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur BCF 2017 merangkap Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? MANTAP: Persembaha­n penuh adat dan tradisi yang melambangk­an kebudayaan Borneo dan petikan sape yang menghiburk­an oleh Borneo Spectrum.
MANTAP: Persembaha­n penuh adat dan tradisi yang melambangk­an kebudayaan Borneo dan petikan sape yang menghiburk­an oleh Borneo Spectrum.
 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Antara tetamu kehormat berada di pentas utama bagi menyempurn­akan majlis penutupan.
RAIKAN BERSAMA: Antara tetamu kehormat berada di pentas utama bagi menyempurn­akan majlis penutupan.
 ??  ?? LEMAH GEMALAI: Persembaha­n Ngajat yang turut dipertonto­nkan.
LEMAH GEMALAI: Persembaha­n Ngajat yang turut dipertonto­nkan.
 ??  ?? UNIK: Antara busana yang unik dipakai oleh kumpulan muzikal dari Indonesia.
UNIK: Antara busana yang unik dipakai oleh kumpulan muzikal dari Indonesia.
 ??  ?? SEAKANPAHL­AWAN: Gayatarian­Ngajat lelaki yang turut mencuri tumpuan.
SEAKANPAHL­AWAN: Gayatarian­Ngajat lelaki yang turut mencuri tumpuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia