Utusan Borneo (Sarawak)

Adik dan kakak maut dalam kemalangan

-

IPOH: Hasrat dua beradik untuk melawat bapa mereka di hospital tidak kesampaian apabila kedua- duanya maut dalam kemalangan di Kilometer 290.5 Lebuhraya Utara- Selatan, arah utara, berhampira­n Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Simpang Pulai, di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Perak DSP Mohd Mahiri Hussin berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Gurvider Singh Jasbent Singh, 23, dan kakaknya, Simrandeep Kaur, 25, yang beralamat di Taman Ampang, di sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketika kemalangan, Gurvider Singh yang memandu Perodua Axia sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, mangsa yang berada di lorong kanan tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berada di lorong kiri.

“Kereta mangsa kemudianny­a terbabas sebelum melanggar belakang sebuah treler pengangkut bermuatan kenderaan Perodua yang diparkir di tepi susur kiri jalan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Mahiri berkata akibat kemalangan itu, Myvi yang dipandu seorang lelaki bersama rakannya, keduaduany­a berumur 23 tahun, hilang kawalan lalu terbalik ke dalam longkang.

“Bagaimanap­un pemandu dan penumpang Myvi serta pemandu treler berumur 41 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata mayat kedua-dua adik-beradik itu dihantar ke HRPB untuk bedah siasat. — Bernama IPOH: Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan antara enam yang ditahan polis dalam empat serbuan berasingan di Jalan Ketoyong, Tanjung Malim, malam kelmarin, kata Ketua Polis Daerah Muallim Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusuf.

Beliau berkata dalam serbuan berkenaan pihaknya turut merampas 0.65 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja serta sejumlah 251 bung- kus plastik berisi air ketum.

Katanya dalam serbuan pertama, pihaknya menahan empat lelaki berusia antara 24 hingga 42 tahun di sebuah rumah sewa kira-kira jam 1.10 tengah hari dan menemukan lapan bungkus plastik cecair berisi air ketum.

“Serbuan di rumah berasingan pula menemukan 50 bungkus lagi cecair berisi air ketum, manakala penuntut IPT berkenaan yang berusia 21 ta- hun ditahan semasa serbuan ketiga di sebuah rumah.

“Pemeriksaa­n ke atas penuntut berkenaan menemukan satu paket plastik lutsinar dengan tulisan Thailand berlogo gajah mengandung­i daun kering disyaki ganja seberat 0.65 gram serta 192 bungkus kecil cecair berisi air ketum di dalam dua buah tong ais,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Wan Kamarul Azran berkata dalam serbuan keempat pula, polis menahan empat lelaki berumur antara 23 hingga 29 tahun di dalam sebuah rumah sewa dan menemukan sebungkus cecair berisi air ketum.

“Seorang daripada yang ditahan mengaku cecair itu miliknya, manakala tiga yang lain dibebaskan tanpa syarat,” katanya. Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Bahaya 1952. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia