Utusan Borneo (Sarawak)

Polis siasat mungkin ada lagi anggota terlibat lepas tahanan

-

KLANG: Pihak polis sedang menyiasat kemungkina­n terdapat individu lain terutama anggotanya yang terlibat dalam cubaan melepaskan seorang tahanan kes culik pada 25 Jan lalu di Rawang.

KetuaPolis­Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya sedang menjalanka­n siasatan menyeluruh berhubung perkara berkenaan dan tidak akan berkomprom­i sekiranya didapa- ti terdapat anggotanya yang terlibat.

“Saya ingin tegaskan siasatan kes ini dijalankan dengan telus.

Tiada individu jika didapati terlibat akan terlepas sama ada anggota saya atau orang awam,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksika­n Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Klang Selatan yang baharu, ACP Shamsul Amar Ramli.

Shamsul Amar, 42, sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Turus Urusetia Ketua Polis Negara ( KPN) Bukit Aman menggantik­an ACP Alzafny Ahmad yang dilantik menjadi Timbalan Ketua Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Mazlan berkata pihaknya juga telah menahan seorang suspek orang awam yang disyaki cuba memberi suapan dalam kes berkenaan.

Kelmarin seorang pegawai berpangkat Inspektor ditahan reman sehingga Rabu kerana disyaki terlibat dalam kes menerima suapan bagi membebaska­n seorang tahanan yang terbabit dalam kes culik.

Pegawai berusia 32 tahun itu bertugas sebagai Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: G Moses (kiri) bersama pegawainya menunjukka­n kad perniagaan ah long, kad ATM dan sebatang penukul yang dirampas pada sidang media di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: G Moses (kiri) bersama pegawainya menunjukka­n kad perniagaan ah long, kad ATM dan sebatang penukul yang dirampas pada sidang media di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia