Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi maut selepas 4 hari terjatuh di rumah pengasuh

Mangsa sempat dirawat di hospital selama tiga hari

-

ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhny­a di Padang Serai, Kulim Jumaat lepas, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah di sini kelmarin.

Hayfa Afrina Mohd Nasri meninggal dunia pada jam 3.40 petang selepas tiga hari dirawat di hospital berkenaan.

Bapanya Mohd Nasri Mohd Yusof, 26, berkata sehari sebelum ditemui tidak sedarkan diri, pengasuh memberitah­u anaknya itu terjatuh ketika bermain.

“Pengasuh kata anak terjatuh pada petang Khamis ketika bermain dan ada kesan lebam di dahi kanan, tetapi saya tak tahu kena apa dan bila luka itu terjadi,” katannya ketika ditemui pemberita di bilik mayat hospital itu semalam.

Menurut anggota Bomba dan Penyelamat Kulim itu,

Pengasuh kata anak terjatuh pada petang Khamis ketika bermain dan ada kesan lebam di dahi kanan, tetapi saya tak tahu kena apa dan bila luka itu terjadi. Mohd Nasri Mohd Yusof Bapa

dia tidak membawa anaknya untuk pemeriksaa­n doktor memandangk­an Hayfa Afrina tidak menunjukka­n sebarang keganjilan dan kembali menghantar­nya ke rumah pengasuh pada pagi Jumaat.

Bagaimanap­un katanya, pada sebelah petang dia dimaklumka­n oleh pengasuh yang berusia 20-an itu menerusi aplikasi WhatsApp yang Hayfa Afrina tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas ke rumah pengasuh yang juga jiran kami sebelum melihat anak tunggal saya sudah tidak sedarkan diri dan membawanya ke Hospital Kulim untuk mendapatka­n rawatan.

“Bagaimanap­un anak saya dipindahka­n ke Hospital Sultanah Bahiyah pada hari sama sebelum meninggal dunia jam 3.40 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Dia berkata jenazah anaknya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kam- pung Tok Naya di Arau, Perlis petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita masih menunggu hasil laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian dan telah meminta pengasuh tersebut untuk hadir ke balai bagi memberi kenyataan. Ini bagi menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur kecuaian di atas kematian mangsa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEBAK: Nor Nabila menunjukka­n gambar Allahyarha­m anak saudaranya Nur Hayfa Afrina yang meninggal dunia setelah dipercayai terjatuh ketika bermain di rumah pengasuhny­a di Padang Serai Kulim dekat Alor Setar, pada Jumaat lalu.
— Gambar Bernama SEBAK: Nor Nabila menunjukka­n gambar Allahyarha­m anak saudaranya Nur Hayfa Afrina yang meninggal dunia setelah dipercayai terjatuh ketika bermain di rumah pengasuhny­a di Padang Serai Kulim dekat Alor Setar, pada Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia