Utusan Borneo (Sarawak)

‘Mat motor’ terkepung, 391 saman dikeluarka­n

-

KUALA LUMPUR: “Bagai cacing kepanasan.” Itu antara gelagat lebih 500 ‘mat motor’ yang diperiksa menerusi Ops Tutup di Jalan Raja Laut menghala ke Jalan Sultan Ismail di sini malam kelmarin.

Dalam operasi dua jam bermula jam 9.30 malam itu, polis menghalang beberapa jalan utama menyebabka­n kumpulan bermotosik­al berkenaan seperti terkepung dan tiada jalan keluar.

Tinjauan Bernama di lokasi berkenaan malam kelmarin mendapati kesesakan lebih tiga kilometer turut berlaku di sepanjang jalan itu berikutan motosikal yang menunggu giliran untuk melepasi sekatan jalan raya.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata menerusi operasi itu, 391 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan trafik.

“Daripada jumlah itu, cukai jalan telah tamat tempoh dikesan menjadi kesalahan tertinggi dengan 66 saman dikeluarka­n diikuti kesalahan tiada lesen memandu dengan 58 saman.

“Kesalahan lain yang dikenakan saman adalah lesen tamat tempoh (42 saman), nombor pendaftara­n tidak ikut peraturan dan ‘fancy’ ( tidak jelas) ( 76 saman), tiada nombor pendaftara­n (55 saman), tiada cermin sisi (26 saman), tidak menampal pelekat ‘P’ (44 saman) dan tidak menampal pelekat ‘L’ (24 saman).

Menurut Mohd Nadzri, operasi disertai 64 pegawai dan anggota itu turut menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam satu kes curi motosikal yang dilaporkan di Sentul. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia