Utusan Borneo (Sarawak)

Najib umum lima skim baharu veteran ATM

BBN akan dijadikan sebagai bantuan khas kepada veteran ATM yang tidak berpencen

-

SERI KEMBANGAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumka­n lima skim baharu bagi golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk bantuan tahunan untuk veteran tidak berpencen dan skim anuiti.

Pengenalan BBN ini merupakan satu bentuk mekanisme baharu bagi kerajaan untuk membantu golongan Veteran ATM yang berpendapa­tan rendah dan tidak berpencen tanpa membebanka­n sumber kewangan kerajaan sedia ada. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

Berkongsi berita gembira itu di hadapan lebih 15,000 veteran ATM pada Perhimpuna­n Veteran ATM sempena pelancaran Tabung Pahlawan 2017 di sini, Najib mengumumka­n inisiatif Bantuan Bakti Negara (BBN) yang akan dijadikan sebagai bantuan permulaan daripada kerajaan khas kepada veteran ATM tidak berpencen.

“BBN ini merupakan bantuan tahunan kepada veteran ATM tidak berpencen untuk membantu mereka meningkatk­an tahap sosioekono­mi mereka,” katanya pada perhimpuna­n di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Mines (MIECC) itu.

N a j i b b e r k a t a s k i m BBN itu adalah lanjutan daripada pengenalan skim kepada veteran ATM yang diperkenal­kan pada 2013 iaitu Skim Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.

“Perkara ini diteruskan bagi memastikan nasib Veteran ATM yang tidak berpencen akan terus dibela oleh kerajaan.

“Pengenalan BBN ini merupakan satu bentuk mekanisme baharu bagi kerajaan untuk membantu golongan Veteran ATM yang berpendapa­tan rendah dan tidak berpencen tanpa membebanka­n sumber kewangan kerajaan sedia ada,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin pada perhimpuna­n itu.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung Kempen Tabung Pahlawan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­din Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Affendi Raja Mohamed Noor dan Presiden Persatuan Veteran ATM, Senator Laksamana (B) Tan Sri Anwar Mohd Nor.

Menurut Najib, syarat penerima BBN pada asasnya adalah berdasarka­n kriteria penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) iaitu mereka yang berada di bawah kelompok B40, di mana sebanyak RM1,200 akan diberikan kepada 66,000 Veteran ATM Tidak Berpencen berdasarka­n senarai penerima BR1M.

“Bagi Veteran ATM Tidak Berpencen yang bukan penerima BR1M pula, mereka akan menerima RM600 dengan syarat sudah berumur 60 tahun ke atas. Untuk ini, seramai 10,959 Veteran Tidak Berpencen yang berusia di atas 60 tahun pada tahun 2017 akan mendapat faedah daripada inisiatif BBN,” katanya.

Mengumumka­n inisiatif kedua yang dinamakan Skim Anuiti Veteran (SAVe), Najib berkata ia bertujuan memberi pendapatan secara bulanan seumur hidup kepada bakal veteran ATM tidak berpencen sepertiman­a veteran yang mendapat pencen bulanan.

Najib berkata SAVe adalah satu bentuk jaringan keselamata­n sosial yang menjanjika­n insentif kewangan secara bulanan kepada veteran ATM tidak berpencen melalui caruman kerajaan.

“SAVe ini tertakluk kepada anggota ATM yang sedang berkhidmat iaitu inisiatif tersebut membolehka­n anggota ATM tetap mendapat insentif walaupun mereka berhasrat untuk berhenti awal daripada perkhidmat­an,” katanya.

Perdana Menteri berkata caruman di bawah skim SAVe akan sentiasa berada dalam akaun simpanan dan memberi manfaat bulanan kepada mereka serta boleh diserahkan kepada waris yang layak apabila veteran tersebut meninggal dunia.

“Skim BBN dan SAVe ini adalah untuk menjaga kebajikan warga ATM yang telah memilih untuk tidak meneruskan perkhidmat­an sehingga tempoh minimum yang membolehka­n mereka menerima pencen. Melalui pendekatan ini, pihak kerajaan yakin ia akan dapat meringanka­n sedikit beban yang dipikul oleh mereka selepas menamatkan perkhidmat­an,” katanya.

Najib mengumumka­n inisiatif ketiga iaitu penambahba­ikan terhadap Skim Pencen Hilang Upaya bagi veteran ATM dan bekas anggota wataniah sepenuh masa iaitu mereka yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun serta tidak menerima pencen perkhidmat­an kerana terpaksa diberhenti­kan awal daripada perkhidmat­an akibat mengalami kecederaan dan kecacatan kekal sewaktu menjalanka­n tugas.

Menurut Najib bagi veteran yang menerima Pencen Hilang Upaya, mereka hanya menerima jumlah pencen serendah RM65 sahaja dan kerajaan peka dengan keadaan ekonomi sekarang serta jurang nilai pencen bagi veteran yang tergolong dalam kategori tersebut.

“Justeru saya mengumumka­n para veteran ATM yang tergolong dalam kategori ini ( pencen hilang upaya), akan mendapat kenaikan kadar pencen bermula 300 peratus sehingga 800 peratus untuk pembayaran pencen mereka. Ia melibatkan nilai minimum RM500 sehingga nilai maksimum berjumlah RM2,000.

“Adalah diharapkan dengan penambahba­ikan skim pembayaran pencen hilang upaya kepada veteran ATM yang diberhenti­kan kurang daripada 10 tahun akibat kecederaan kekal, akan dapat meringanka­n beban dan memberikan makna yang besar kepada kehidupan semua,” kata Najib.

Najib turut mengumumka­n skim keempat iaitu Insentif Veteran Kelainan Upaya Tabung Pahlawan Persatuan Veteran ATM dengan peruntukan tambahan sebanyak RM500 lagi menerusi peruntukan kerajaan yang menjadikan jumlah keseluruha­n insentif RM1,000 berbanding RM500 sebelum ini untuk veteran ATM yang mengalami kelainan upaya selepas bersara.

Beliau berkata insentif itu akan dibayar dua kali setahun bagi membantu meringanka­n kos sara hidup mereka.

Perdana Menteri mengumumka­n insentif kelima melibatkan penambahan kuota mengerjaka­n ibadah haji bagi veteran ATM, daripada 100 orang sebelum ini kepada 400 orang pada tahun ini.

Dalam pada itu, sempena pewartaan 31 Julai sebagai Hari Pahlawan di seluruh negara, Najib turut melancarka­n Kempen Tabung Pahlawan 2017 bagi mengumpul sumbangan mengisi tabung kebajikan bagi mengenang jasa- jasa perajurit negara yang berkorban dalam mempertaha­nkan tanah air.

“Pastinya dengan pengumuman inisiatif pihak kerajaan untuk membela nasib warga veteran ATM, semestinya akan menambahka­n lagi signifkan pelancaran kempen Tabung Pahlawan.

“Kalau tahun lalu, tabung berjaya mengumpul RM4.65 juta, maka untuk tahun ini pastinya dijadikan tahun kutipan tertinggi dalam sejarah, ( dengan) kerajaan memperuntu­kkan peruntukan istimewa berjumlah RM5 juta,” katanya, disambut sorakan kuat golongan veteran ATM yang hadir.

Najib berkata kesemua inisiatif dan penambahba­ikan terhadap skim perkhidmat­an ATM khususnya untuk para veteran yang tidak berpencen membuktika­n bahawa usaha kerajaan untuk membela nasib kebajikan warga veteran ATM adalah secara inklusif serta holistik. — Bernama KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani membangunk­an empat kawasan jelapang padi baharu sejak 2015 sebagai antara usaha meningkatk­an pengeluara­n beras negara dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada beras import.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberitah­u persidanga­n Dewan Rakyat hari ini bahawa projek Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu ( IADA) yang dilaksanak­an di Pekan dan Rompin di Pahang, Batang Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah telah berjaya mengeluark­an kira-kira 114,000 tan beras setahun dengan hasil pengeluara­n produktivi­ti 4.6 tan per hektar.

Beliau berkata teknologi mekanisasi dan automasi digunakan untuk meningkatk­an produktivi­ti beras di samping mengurangk­an kerugian lepas tuai dengan menumpukan kepada penambahba­ikan rantaian pengendali­an lepas tuai termasuk aktiviti penuaian, pengeringa­n, penyimpana­n, pengangkut­an dan pengilanga­n.

“Pembanguna­n projek di empat kawasan IADA baharu ini dilaksanak­an sejak 2015 dan akan siap secara berperingk­at sehingga 2020 melibatkan keluasan lebih 25,000 hektar,” katanya menjawab soalan Idris Ahmad (PAS- Bukit Gantang).

Tajuddin berkata pada tahun lepas, Malaysia mengimport sebanyak 747,671 tan beras dengan nilai RM1.30 bilion.

Selain daripada beras, kumpulanma­kananutama­lain yang diimport ialah makanan ternakan bernilai RM6.67 bilion, sayur-sayuran (RM5.10 bilion), ikan, krustasea, moluska dan sediaan sebanyak RM3.82 bilion, buahbuahan ( RM3.73 bilion) serta daging dan sediaan daging berjumlah RM3.43 bilion. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Veteran tentera Shorkawi Mat Doa dengan penuh semangat bersorak ketika mendengar ucapan Najib pada Perhimpuna­n Veteran ATM 2017 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabang­sa Mines (MIECC) di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Veteran tentera Shorkawi Mat Doa dengan penuh semangat bersorak ketika mendengar ucapan Najib pada Perhimpuna­n Veteran ATM 2017 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabang­sa Mines (MIECC) di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Najib memasukkan sumbangan ke dalam tabung pahlawan pada Perhimpuna­n Veteran ATM 2017 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabang­sa Mines (MIECC) di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein (dua...
— Gambar Bernama PRIHATIN: Najib memasukkan sumbangan ke dalam tabung pahlawan pada Perhimpuna­n Veteran ATM 2017 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabang­sa Mines (MIECC) di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein (dua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia