Utusan Borneo (Sarawak)

Filem penghadang haba kenderaan perlu patuhi standard MS2669 mulai 2018

-

PUTRAJAYA: Bermula tahun depan, pia w a i a n f i l e m p e n g h a - dang haba akan diselarask­an menerusi satu mekanisme baharu bagi memast i k a n f i l e m p e n g h a - dang haba berkenaan mematuhi Standard Malaysia MS2669, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, Mekanisme Penyelaras­an Piawaian Filem Penghadang Haba Kenderaan Bermotor itu mampu menyelesai­kan isu penguatkua­saan terhadap kenderaan awam berikutan penggunaan peralatan ujian yang berbeza oleh syarikat aksesori kenderaan dan pihak berkuasa.

Beliau berkata, mekanisme itu juga dapat memastikan filem yang dipasang oleh kedai aksesori kenderaan mematuhi standard ditetapkan sekali gus mengelakka­n pengguna tertipu dengan produk tiruan.

“Saya yakin pihak Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan lanjut seperti meminda mana-mana peraturan atau kaedah yang berkenaan bagi memastikan pelaksanak­an penggunaan filem yang menepati piawaian MS2669 dapat berjalan dengan lancar,” katanya semasa melancarka­n mekanisme itu, di sini semalam.

Mekanisme itu dibangunka­n oleh Pertubuhan Penjual Auto Audio, Aksesori dan Hawa Dingin Malaysia (AAA) dengan kerjasama JPJ, Jabatan Standard Malaysia, Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r, Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an dan Persatuan Automotif Malaysia.

Selaras dengan penggunaan mekanisme itu, Liow berkata pengusaha industri sama ada pembekal atau peruncit akan menggunaka­n label keselamata­n kod QR pada filem penghadang haba yang dipasang pada setiap cermin kenderaan.

Melalui sistem itu, peng- guna, pengusaha kedai aksesori dan pihak berkuasa boleh mengimbas kod QR bagi memeriksa sama ada filem yang dipasang memenuhi standard ditetapkan, katanya.

“Kadang kala bukan pengguna sahaja tertipu, tetapi kedai aksesori juga ditipu oleh pembekal. Dengan sistem ini, semua peringkat boleh memeriksa filem itu asli atau tiruan,” katanya.

Sementara itu, Presiden AAA Cherrie Lim Bee Choo berkata kod QR tersebut boleh diimbas melalui aplikasi telefon mudah alih ‘TinTrac’ yang boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store.

Beliau berkata kod QR itu akan digunakan bermula pertengaha­n November ini secara berperingk­at-peringkat di semua kedai aksesori yang menjadi ahli AAA, iaitu lebih 90 peratus daripada keseluruha­n kedai aksesori kenderaan di negara ini.

“Hanya kedai aksesori ahli AAA yang akan mempunyai kod QR itu dan dengan mengimbas kod tersebut, semua maklumat seperti jenama filem dan material yang digunakan boleh diperolehi,” kata Lim.

Katanya mekanisme itu mampu memantau dan mengesan filem penghadang haba bermula dari peringkat pengimport­an, pengedaran, pemasangan dan pengendali­an kepuasan pengguna sehingga ke peringkat penguatkua­saan.

Mekanisme itu dibentuk susulan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ berhubung operasi bersepadu secara besar-besaran yang dirancang dilancarka­n pada 16 Jun 2014 lterhadap pemilik kenderaan yang menggunaka­n filem penghadang haba tidak menepati piawaian penembusan cahaya.

Pengumuman itu menimbulka­n pertikaian kerana peralatan ujian yang digunakan oleh pihak berkuasa berbeza dengan alat yang digunakan pengusaha kedai aksesori kenderaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMATUHI STANDARD: Liow menunjukka­n label keselamata­n kod QR yang akan dilekatkan pada filem penghadang haba yang dipasang pada cermin kenderaan pada majlis pelancaran Mekanisme Penyelaras­an Piawaian Filem Penghadang Haba Kenderaan Bermotor di...
— Gambar Bernama MEMATUHI STANDARD: Liow menunjukka­n label keselamata­n kod QR yang akan dilekatkan pada filem penghadang haba yang dipasang pada cermin kenderaan pada majlis pelancaran Mekanisme Penyelaras­an Piawaian Filem Penghadang Haba Kenderaan Bermotor di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia