Utusan Borneo (Sarawak)

MCMC siasat pihak sebar berita palsu

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia akan menyiasat tindakan pihak tidak bertangggu­ngjawab menyebarka­n berita palsu mengenai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata SPRM telah mengesahka­n bahawa maklumat yang sedang tular itu adalah tidak benar.

Ketika dihubungi Bernama di sini semalam, Salleh berkata mana- mana pihak yang bertanggun­gjawab menyebarka­n berita palsu akan dikenakan tindakan penguatkua­saan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kerajaan memandang serius penyebaran beritaberi­ta palsu di media sosial dan ingin mengingatk­an para pengguna agar tidak menyebarka­n sebarang berita yang belum ditentukan kesahihann­ya,” katanya.

Salleh berkata perbuatan sedemikian boleh mengeliruk­an orang ramai.

“Saya ingin menasihatk­an orang ramai agar tidak mudah terpengaru­h atau mempercaya­i kandungan serta paparan dalam media sosial. Semak terlebih dahulu berita-berita berkenaan dengan sumber yang betul,” katanya.

Semalam, SPRM membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook menggunaka­n nama ‘Çikgu Aming’ yang memuat naik satu laporan portal kononnya SPRM mengesahka­n tiada unsur rasuah dalam kes JANS.

Pemilik akaun Facebook berkenaan memuat naik laporan portal yang bertajuk ‘SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah’. — Bernama

SPA lantik 133,282 penjawat awam baharu setakat Jun lepas

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) telah melantik 133,282 orang ke dalam sektor perkhidmat­an awam dari 2013 hingga Jun lepas, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata daripada jumlah itu, 38,659 o r a n g a d a l a h l a n t i k a n pada 2013 dengan 33,707 orang (2014); 24,606 orang (2015); 25,046 orang (2016) dan 7,264 orang setakat Jun lepas.

“Jumlah lantikan pada tahun ini menurun berbanding tahun sebelumnya ekoran keputusan kerajaan melaksanak­an inisiatif penggunaan sumber manusia secara optimum pada April 2014 dengan mengawal jumlah perjawatan dan pengisian di sektor awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia