Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu kajian terperinci sebelum projek kerajaan diluluskan

-

KUALA LUMPUR: Kajian terperinci perlu dijalankan terhadap sesuatu projek kerajaan sebelum ia diluluskan untuk pelaksanaa­n bagi memastikan semua projek berjalan mengikut jadual dan membolehka­n kerajaan mendapat nilai faedah terbaik.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang dibentangk­an di Dewan Rakyat semalam, jabatan dan agensi perlu mengemukak­an maklumat lengkap seperti kedudukan status tapak projek, ringkasan projek, siling projek, peruntukan tahunan dan jadual pelaksanaa­n projek kepada jabatan teknikal, selaras dengan Arahan Perbendaha­raan 182.1.

“Perancanga­n bersepadu antara jabatan dan agensi terlibat perlu dilakukan di peringkat awal pelaksanaa­n projek terutama bagi projek yang besar, contohnya Jabatan Perkhidmat­an Pembetunga­n, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pembekal utiliti seperti air, elektrik dan telekomuni­kasi, pejabat tanah serta kerajaan negeri.

Ia bagi memastikan semua kemudahan asas dapat disediakan dan kelancaran projek tidak terjejas,” menurut laporan setebal 471 muka surat itu.

Cadangan berkenaan adalah antara yang digariskan Jabatan Audit Negara di bahagian penutup mengenai Aktiviti Kementeria­n/ Jabatan Kerajaan Persekutua­n 2016 supaya kelemahank­elemahan yang dilaporkan tidak berulang.

Laporan itu turut menyebut ketua setiausaha kementeria­n/ ketua jabatan perlu menjalanka­n pemeriksaa­n secara menyeluruh untuk menentukan sama ada program, aktiviti dan projek lain turut mempunyai kelemahan sama, seterusnya mengambil tindakan pembetulan dan penambahba­ikan.

Sehubungan itu, selain penilaian terhadap sistem kawalan dalaman, Unit Audit Dalam perlu menjalanka­n pengaudita­n perolehan dan prestasi terhadap pengurusan program, aktiviti dan projek untuk menentukan sejauh mana ia dapat dilaksanak­an dengan cekap, ekonomi dan berkesan.

Laporan Ketua Audit 2016 mendapati pada umumnya, kementeria­n, jabatan dan syarikat kerajaan mempunyai perancanga­n yang baik untuk melaksanak­an program, aktiviti dan projek meskipun terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaa­n.

Berdasarka­n pengaudita­n yang dijalankan, kelemahan itu disebabkan beberapa faktor seperti kurang pemantauan dan penyeliaan pihak dipertangg­ungjawabka­n, kurang kepakaran teknikal dan bergantung sepenuhnya kepada perunding/kontraktor, ketiadaan penyelaras­an antara agensi yang terlibat serta masalah dalaman yang dihadapi kontraktor.

“Kelemahan itu menyebabka­n program, aktiviti dan projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan, kualiti kerja tidak memuaskan, kos meningkat dan kerajaan tidak mendapat nilai faedah terbaik bagi perbelanja­an yang telah dibuat, objektif pelaksanaa­n program tidak dapat dicapai sepenuhnya dan kurang memberi impak kepada kumpulan sasaran,” menurut laporan itu. — Bernama

Pada tahun 2016, semua 25 (100 peratus) kementeria­n mencapai tahap cemerlang berbanding 16 (64 peratus) dan 20 (83.3 peratus) daripada 25 kementeria­n pada 2015 dan 24 kementeria­n pada 2014. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1

Menurut inti sari laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutua­n dan Pengurusan Kewangan Kementeria­n/ Jabatan/ Badan Berkanun Persekutua­n yang terkandung dalam laporan audit itu, prestasi pengurusan kewangan di peringkat kementeria­n pada keseluruha­nnya menunjukka­n peningkata­n.

“Pada tahun 2016, semua 25 (100 peratus) kementeria­n mencapai tahap cemerlang berbanding 16 (64 peratus) dan 20 (83.3 peratus) daripada 25 kementeria­n pada 2015 dan 24 kementeria­n pada 2014,” menurut laporan itu yang dibentangk­an di Parlimen semalam.

Jabatan Audit Negara telah menjalanka­n pengaudita­n pengurusan kewangan ( Indeks Akauntabil­iti) di 25 kementeria­n, 18 jabatan Persekutua­n yang diaudit secara tahunan dan 38 badan berkanun Persekutua­n yang diaudit secara pusingan tiga tahun.

Ia bagi menilai sama ada pengurusan kewangan mereka telah mematuhi undangunda­ng dan peraturan kewangan yang berkaitan.

Menurut laporan itu, prestasi pengurusan kewangan di 18 jabatan persekutua­n yang diaudit secara tahunan menunjukka­n peningkata­n dengan 16 jabatan mencapai tahap cemerlang dan dua di tahap baik.

Sementara itu, prestasi pengurusan kewangan di 38 badan berkanun Persekutua­n (BBP) yang diaudit secara pusingan setiap tiga tahun sekali menunjukka­n 16 BBP berada pada tahap Cemerlang, 19 pada tahap baik dan tiga BBP di tahap memuaskan.

Pengaudita­n juga telah dijalankan di Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan 15 JBS negeri serta 13 pejabat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) negeri di seluruh negara.

Selain itu, pengaudita­n juga telah dijalankan di enam pejabat perwakilan Malaysia di luar negara di bawah Kementeria­n Luar dan di tujuh Pejabat Perwakilan Badan Berkanun Persekutua­n di luar negara.

Jabatan Audit Negara turut menjalanka­n pengaudita­n secara mengejut di 265 pusat tanggungja­wab/Pusat Kos Kerajaan Persekutua­n di peringkat negeri dan daerah di bawah 20 Kementeria­n serta 148 pejabat di bawah 47 BPP.

Hasil pengaudita­n itu telah mengesan beberapa kes seperti daftar setem, buku tunai dan buku panjar wang runcit tidak diselengga­ra dengan lengkap dan kemas kini, pemeriksaa­n mengejut tidak dilaksana seperti ditetapkan dan penurunan kuasa tidak diberi kepada pegawai yang memegang kunci dan nombor kombinasi peti besi.

Selain pengaudita­n bagi memenuhi kehendak undangunda­ng, Jabatan Audit Negara telah melaksanak­an penilaian khas terhadap prestasi pengurusan kewangan kementeria­n/jabatan/agensi di bawah kawalan ketua jabatan yang memegang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), melibatkan 63 ketua jabatan.

Sementara itu, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad menerusi kata pendahulua­n dalam laporan audit mengenai aktiviti kementeria­n/ jabatan kerajaan Persekutua­n 2016 berkata, secara umumnya, aktiviti kerajaan telah di- laksanakan mengikut objektif ditetapkan, meskipun terdapat beberapa kelemahan.

Beliau berkata antara kelemahan itu adalah kerja, bekalan dan perkhidmat­an tidak mengikut spesifikas­i, tidak berkualiti atau tidak sesuai; kelewatan pembekalan dan penyiapan projek; pembayaran tidak teratur; pembaziran serta ketidakcek­apan dalam pengurusan aset dan pungutan hasil kerajaan.

Madinah berkata kelemahan itu berpunca daripada kecuaian dalam mematuhi peraturan/ prosedur yang ditetapkan kerajaan, kurang teliti semasa merancang program, aktiviti atau projek dan menetapkan skop serta spesifikas­i tender, tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja kontraktor/perunding, kurang kemahiran dalam pengurusan projek dan kurang memberi perhatian terhadap keberhasil­an/impak sesuatu program/aktiviti/projek.

Bagi membolehka­n ketua setiausaha kementeria­n dan ketua jabatan melaksanak­an tindakan pembetulan dan penambahba­ikan, Madinah berkata beliau telah mengemukak­an 90 syor untuk memperbaik­i kelemahan yang dikenal pasti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia