Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan pusat warga emas disalah guna

-

KUALA LUMPUR: Program Pusat Perkhidmat­an Warga Emas (PAWE) didapati menyalahgu­nakan bantuan geran peruntukan sebanyak RM95,200 dengan memberi pinjaman kepada penyelia dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruska­n pusat berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, mendapati bantuan geran telah disalahgun­akan bagi tujuan peribadi dan aktiviti persatuan sehingga menyebabka­n kekurangan wang bagi menampung perbelanja­an untuk aktiviti PAWE.

Semakan Audit pada April 2017 mendapati keseluruha­n pinjaman tersebut telah dibayar balik.

Laporan itu menyebut, PAWE di bawah Kemente- rian Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM) turut membuat perbelanja­an sebanyak RM70,988 tanpa mengikut garis panduan yang ditetapkan dan tiada permohonan dibuat untuk perbelanja­an tersebut.

“Semakan audit terhadap perbelanja­an bagi 11 PAWE yang dilawati mendapati terdapat tujuh PAWE telah membuat perbelanja­an yang tidak tersenarai dalam garis panduan PAWE seperti pembelian dan penyenggar­aan aset, tuntutan perjalanan serta pemberian bonus,” menurut laporan itu.

Laporan itu yang dibentangk­an di Dewan Rakyat semalam, juga mendapati terdapat lebihan belanja berjumlah RM46,733 semasa perolehan peralatan dan kelengkapa­n PAWE yang mana perbelanja­an tersebut tidak mempunyai sebarang permohonan.

Menurut laporan tersebut, pihak audit dimaklumka­n perbelanja­an dibuat disebabkan keperluan mendesak dan kesuntukan masa.

Sementara itu, maklum balas KPWKM berhubung penyalahgu­naan geran yang diterima oleh Jabatan Audit Negara bertarikh 11 Mei 2017, menyatakan kementeria­n itu telah menghantar Surat Amaran dan Peringatan Salah Guna Geran Pengoperas­ian kepada NGO pada 8 Mei 2017.

Menurut KPWKM, bagi perbelanja­an RM70,988, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanak­an beberapa penambahba­ikan antaranya menyedia, meneliti dan menambah baik Draf Garis Panduan PAWE selaras dengan teguran audit.

Bagi mengatasi masalahmas­alah yang dibangkitk­an, Jabatan Audit Negara mencadangk­an beberapa syor kepada kementeria­n itu untuk diambil tindakan antaranya KPWKM perlu mewujudkan satu Jawatankua­sa Siasatan Dalaman bagi menyiasat salah guna geran bantuan PAWE.

Kementeria­n juga perlu memperting­katkan pemantauan terhadap program bantuan dan perkhidmat­an warga emas, kata laporan itu. — Bernama KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara mengesyork­an supaya pegawai yang tidak mematuhi peraturan kewangan dalam Projek Desa Lestari ( PDL) dikenakan tindakan tatatertib bagi memastikan projek itu diuruskan dengan teratur dan cekap.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 itu membuat syor berkenaan ke atas pegawai yang memecah kecil perolehan, menyalah guna kuasa dan membuat bayaran tidak teratur selepas 19 daripada 84 projek PDL berjumlah RM5.32 juta didapati terbengkal­ai.

PDL yang diwujudkan sejak 2013 di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bertujuan meningkatk­an taraf ekonomi dan aktiviti keusahawan­an selain mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada masyarakat setempat.

Menurut laporan itu yang dibentangk­an di Dewan Rakyat semalam, KKLW disyor supaya mengadakan perbincang­an dengan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia bagi memastikan koperasi yang telah berdaftar mematuhi Akta Koperasi 1993 sebelum diberi geran peruntukan Desa Lestari.

Laporan itu menyatakan hasil semakan terhadap 12 koperasi yang bertanggun­gjawab sebagai peneraju PDL mendapati ia berpunca daripada beberapa faktor termasuk tiada kepakaran, peralatan yang masih tidak digunakan, tiada bekalan elektrik serta kurang permintaan dan persaingan daripada pengusaha lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia