Utusan Borneo (Sarawak)

353 syor dikemuka dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1

-

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, yang dibentangk­an di Dewan Rakyat semalam, mengemukak­an 353 syor bagi membantu Kerajaan Persekutua­n, Badan Berkanun Persekutua­n dan kerajaan negeri untuk memperbaik­i kelemahan yang dilaporkan.

Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukak­an dua syor terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutua­n 2016, dengan 90 syor kepada aktiviti kementeria­n dan jabatan kerajaan persekutua­n, 17 syor kepada syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutua­n dan 244 syor terhadap pengurusan aktiviti dan kewangan kementeria­n, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri.

“Sebagaiman­a lazim, ketua jabatan berkenaan telah dimaklumka­n terlebih dahulu tentang perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1, mengandung­i Penyata Kewangan Kerajaan Persekutua­n, aktiviti kementeria­n dan jabatan kerajaan persekutua­n, pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutua­n serta pengurusan aktiviti dan kewangan kementeria­n, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri untuk tahun yang sama.

Ia dibentangk­an di Parlimen semalam selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Madinah berkata laporan Ketua Audit Negara kali ini antara lain mengandung­i pengesahan penyata kewangan kerajaan persekutua­n, prestasi hasil kutipan kerajaan persekutua­n, pengaudita­n pengurusan kewangan (indeks akauntabil­iti) serta pengaudita­n prestasi terhadap program dan aktiviti kerajaan di peringkat persekutua­n dan negeri.

Beliau berkata hasil Kerajaan Persekutua­n pada 2016 berjumlah RM212.421 bilion berbanding RM219.089 bilion pada 2015. Kutipan hasil menunjukka­n trend penurunan berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Mengenai penarafan tahap prestasi pengurusan kewangan, sebanyak 25 kementeria­n, 18 jabatan persekutua­n, 38 badan berkanun persekutua­n, 138 kementeria­n/ jabatan negeri, 41 badan berkanun negeri, 41 pihak berkuasa tempatan dan enam Majlis Agama Islam telah diaudit.

Bagi pengaudita­n prestasi terhadap program/aktiviti/ projek kerajaan, Madinah berkata sebanyak 63 pengaudita­n prestasi dan 21 pengaudita­n pengurusan syarikat kerajaan dilaksanak­an di peringkat persekutua­n dan negeri, merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggar­aan, perolehan, pengurusan, hasil dan pengurusan syarikat.

Selain itu, Kementeria­n Kewangan telah mengeluark­an laporan maklum balas mengenai laporan itu yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada ketua setiausaha kementeria­n dan ketua jabatan terhadap isu yang dilaporkan, kata beliau.

Menurut Madinah, sebanyak 187 daripada 307 kementeria­n, jabatan persekutua­n dan badan berkanun persekutua­n, kementeria­n/jabatan negeri, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan dan Majlis Agama Islam mendapat penarafan cemerlang (5 bintang).

“Sebanyak 25 kementeria­n memperoleh penarafan cemerlang berbanding 15 kementeria­n pada 2015,” kata beliau.

Madinah berkata kandungan laporan itu berserta sinopsisny­a boleh dilayari di laman sesawang Jabatan Audit Negara.

Katanya satu sesi bersama media mengenai Laporan Ketua Audit Negara akan diadakan Khamis (3 Ogos) di Auditorium Kompleks C, Putrajaya pada 12 tengah hari, yang akan dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan ketua- ketua setiausaha kementeria­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia