Utusan Borneo (Sarawak)

Juve julang Piala Juara Antarabang­sa

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Juara Serie A Itali, Juventus, menamatkan kejohanan mini pramusim Piala Juara Antarabang­sa dengan kemenangan 5-4 ke atas AS Roma dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Gol Mario Mandzukic membolehka­n Juventus membuka jaringan dalam separuh masa pertama sebelum Edin Dzeko mengikat kedudukan untuk Roma dalam separuh masa kedua.

Perlawanan, di antara dua pasukan teratas Serie A musim lepas, menawarkan sedikit gambaran tentang cabaran pada musim baharu nanti.

Jurulatih kedua-dua pasukan – Massimilia­no Allegri (Juventus) dan Eusebio Di Francesco (Roma), menurunkan antara barisan terkuatnya.

Juventus bagaimanap­un mempamerka­n aksi yang lebih baik di awal permainan dengan Mandzukic melepasi kawalan Federico Fazio untuk mengejar umpanan Alex Sandro dan menewaskan penjaga gol Roma, Allison pada minit ke-29.

Diego Perotti dan Dzeko berganding­an cantik dan mempunyai beberapa peluang awal untuk mengikat kedudukan sebelum rehat.

Dzeko akhirnya mengikat kedudukan pada minit ke-74 apabila menyempurn­akan hantaran Aleksandar Kolarov dari jarak dekat.

Permainan terikat 1- 1 hingga tamat 90 minit permainan.

Dalam penentuan sepakan penalti, kegagalan Marco Tumminello memberikan peluang kepada Juventus untuk mencipta kemenangan dan memastikan Roma tewas pada penentuan sepakan penalti yang kedua mereka pada kejohanan ini. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BARISAN MANTAP: Para pemain Juve ceria selepas menewaskan Roma pada perlawanan di Stadium Gillette di Foxboro, Massachuse­tts kelmarin.
— Gambar Reuters BARISAN MANTAP: Para pemain Juve ceria selepas menewaskan Roma pada perlawanan di Stadium Gillette di Foxboro, Massachuse­tts kelmarin.
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia