Utusan Borneo (Sarawak)

Messi beri ‘lampu hijau’ buat Barca ‘tambat’ Dybala, Coutinho

-

MADRID, Sepanyol: Lionel Messi memberikan ‘lampu hijau’ untuk dua kehadiran baharu di Barcelona.

Dengan rakan penyerang, Neymar, dijangka meninggalk­an Barca untuk perpindaha­n rekod dunia ke Paris Saint Germain, Barca memerlukan rancangan baharu tanpa Neymar dan Messi, yang mempunyai pengaruh yang besar di kelab, diminta memberi pandangan.

Media Sepanyol, Don Balon, percaya bintang Juven- tus, Paulo Dybala, adalah pilihan terbaik sebagai pengganti Neymar.

Namun ia juga mencadangk­an bahawa penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, juga salah seorang calon.

Jurulatih Barca, Ernesto Valverde, juga perlu menambah kekuatan di bahagian tengah dengan perancang Liverpool, Philippe Coutinho, masih menjadi sasaran utama.

Don Balon juga berkata Messi bersetuju dengan kehadiran Dybala dan Coutinho.

Tetapi Messi tidak pasti tentang kehadiran seorang lagi pemain dalam perancanga­n Valverde.

Valverde berminat untuk mendapatka­n Paulinho sebagai sokongan untuk Sergio Busquets.

Pemain tengah itu ketika ini bermain untuk kelab Liga Super China, Guangzhou Evergrande.

Sebelum ke Asia, Paulinho pernah beraksi dua tahun di Tottenham Hotspur.

Spurs membayar 17 juta pound untuk membawa Paulinho ke kelab dari Corinthian­s pada 2013 tetapi gagal menyerlah.

Barca mengharung­i pasaran perpindaha­n pemain yang sukar dan satu-satu urusan perpindaha­n yang mereka lakukan ialah membeli Gerard Deulofeu dari Everton untuk nilai 10 juta pound dan Nelson Semedo dengan nilai 30 juta pound dari Benfica. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia