Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan pasukan bakal berentap

Merebut kejuaraan Liga Betong LSC 2017, Piala Timbalan Ketua Menteri

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Sebanyak lapan pasukan bakal berentap bagi merebut kejuaraan Liga Betong LSC 2017 dan Piala Timbalan Ketua Menteri musim ini.

Badan induk Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) telah memutuskan hanya lapan pasukan berentap merebut kejuaraan liga dan seterusnya piala berprestij setelah tahun lalu pasukan Mus KV Betong berjaya merangkul kejuaraan.

Pasukan yang mengisi slot terbabit ialah Polibet FC, De’laut FC, SABERKAS Layar, Saratok PC, Bersepai FC, Dayawa Saribas United, PPMB FT dan KSRTTE BS.

Meskipun tarikh tutup penyertaan ditetapkan sehingga 1 Ogos tetapi slot penyertaan telah dipenuhi dan penganjur akur dengan keputusan yang ditetapkan.

Kejohanan bakal memulakan kempen liga bermula 5 Ogos ditaja bersama syarikat Lea Sports Centre ( LSC) menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 untuk juara liga, piala, baucar tunai RM1,000 dan medal.

Bagi naib juara liga bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000, piala, baucar tunai RM800 dan medal.

Untuk tempat ketiga bersama mereka akan menerima piala, baucar tunai RM400 dan medal.

Perebutan Piala Timbalan Ketua Menteri pula, juara bakal menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan medal.

Manakala naib juara bakal membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala iringan dan medal.

Sementara itu, dua pasukan yang tewas pada aksi separuh akhir menghuni kedudukan tempat ketiga bersama bakal menerima wang tunai RM1,500 dan medal.

Selain itu, anugerah Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik juga menerima hadiah berupa piala dan baucar tunai RM200.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu dijangka menyempurn­akan pembukaan kejohanan itu nanti.

 ??  ?? PENERAJU: Nelson Kloni bersama barisan peneraju BDFA pada mesyuarat jawatankua­sa kejohanan di Betong.
PENERAJU: Nelson Kloni bersama barisan peneraju BDFA pada mesyuarat jawatankua­sa kejohanan di Betong.
 ??  ?? JUARA: Pasukan YRFT C muncul juara FIC II 2017 di Kuching kelmarin.
JUARA: Pasukan YRFT C muncul juara FIC II 2017 di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia