Utusan Borneo (Sarawak)

YRFC C ungguli kejohanan FIC 2017

-

KUCHING: Pasukan YRFC C muncul juara kejohanan Futsal Independen­ce Cup (FIC) 2017 anjuran Young Rhinos Futsal Team (YRFT) di Gelanggang Futsal Sentosa Sport Centre, di sini.

Pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200, piala, pingat selepas berjaya menewaskan Gerunggang United yang menerima wang tunai RM700, piala dan pingat selaku naib juara.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi JU FT dan Batang Rajang FT dan kedua-dua pasukan membawa pulang wang tunai RM300, piala dan pingat.

Hadiah sagu hati tempat kelima hingga kelapan berupa piala dibawa pulang oleh QK Killer, Emmanuel United FC, Galatia FOM dan Real Kubota.

Anugerah Pemain Terbaik dimenangi Evarard Owen manakala Penjaga Gol Terbaik diperolehi Lawrence Teresa sementara JU FT menerima gelaran Pasukan Terbaik.

Kejohanan itu disertai sebanyak 47 buah pasukan Dayak dari Bahagian Kuching, Kota Samarahan dan Serian.

Pasukan terlibat ialah JSJ Nyabet, Pearl FT, Noob FT, Toop FC A, Bala Serian, Milo Boy Nyafa, MK United, Tremoulina­s 70 FT, Paxton FT, Emmanuel Utd FC, QK Killer, PSPP FT, Goldfield FT, Zennen FT, BKFT Forever Young, East United, YRFT C, We Utd, Rembaska FT, BKFT New Gen, Batang Rajang FT, Sibling FT dan Red Vipers FT.

Dream Killer, Kasuta Utd, Galatia Fom, Zero FT, Gerunggang United, Hallelujah FC, Svante FT, YRFT B, Ribut Petir Joy FC, KTD Star FT, TBNU, LE Memberz, SB FT, JU FT, Tabong FT, Toop FC B, New Bee, Real Kubota, Batu 9 FC, SB Roar, Kenyalang Reds, TBNU Jr., YRFT A dan Samarahan FT.

Pengerusi penganjur, Sylvester Henry berkata kejohanan ini adalah mencungkil bakat- bakat kalangan pemain futsal khususnya kaum Dayak dan mewujudkan semangat kesukanan, setiakawan dan persaingan secara sihat pasukan terbabit.

Sylvester berkata, FIC diadakan setiap tahun pada Julai atau Ogos sebagai aktiviti tahunan YRFT.

Ditanya tentang penubuhan YRFT, beliau berkata pasukan ini telah mula ditubuhkan pada 10 Oktober 2015 sempena Hari Sukan Negara.

Tambahnya, asal penubuhan pasukan ini adalah mengasah bakat pemain-pemain yang berpotensi. YRFT kini dibarisi oleh pemain muda dan pengurus komited dalam usaha bergerak lebih jauh ke hadapan.

“Kami amat mengalu-alukan individu atau korporat yang sudi memberi sokongan dan dorongan terutamany­a dalam sumber kewangan atau kelengkapa­n peralatan sukan agar sesi latihan atau aktiviti intensif dapat dijalankan secara berterusan,” katanya.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh hubungi Sylvester ( 011- 14348229), Boniface Chang (019-8650384) atau Lawrence Teresa (013 2525145). BUDAPEST, Hungary: Sebastian Vettel menjarakka­n kedudukan di singahsana kategori pemandu Formula Satu (F1) dengan kelebihan 14 mata berbanding pencabar terdekatny­a selepas mengetuai kemenangan satu dua Ferrari di Grand Prix Hungary Ahad lepas.

Pada perlumbaan ke-50 beliau bersama Ferrari, Vettel, yang juga juara dunia empat kali, mengawal perlumbaan dari petak pertama untuk mencipta kemenangan pertama dari lima perlumbaan sejak kemenangan Grand Prix Monaco.

Pesaing utamanya, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes, akur di tempat keempat selepas menyerahka­n kedudukan tempat ketiga kepada rakan sepasukann­ya, Valtteri Bottas di pusingan terakhir untuk membolehka­n Bottas – yang dilihat lebih pantas berbanding Hamilton – untuk cuba memintas pemandu kedua Ferrari, Kimi Raikkonen.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen, menduduki tempat ketiga selepas satu kemalangan dengan rakan sepasukann­ya, Daniel Ricciardo, yang terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal, memaksa Kereta Keselamata­n dimasukkan.

Juara dunia dua kali, Fern-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia