Utusan Borneo (Sarawak)

Vettel ketuai kemenangan satu dua Ferrari di Hungary

-

ando Alonso, menduduki tempat keenam dan mencipta masa terpantas perlumbaan untuk pasukan McLaren Honda.

Vettel, yang memulakan perlumbaan dengan hanya berkelebih­an satu mata di hadapan Hamilton, menjarakka­n kedudukan dengan 13 mata selepas 11 dari 20 perlumbaan sebelum musim berehat selama tiga minggu sebelum Grand Prix Belgium.

Ia adalah kemenangan satu dua yang pertama Ferrari sejak di Hungary 2004, apabila juara dunia tujuh kali ketiga itu, Michael Schumacher, mengetuai rakan sepasukann­ya, Rubens Barrichell­o.

“Saya sangat gembira,” kata Vettel. “Ia benar-benar sukar. Saya terpaksa bersedia sepenuhnya dari pusingan ketiga atau keempat selepas Kereta Keselamata­n dimasukkan. Stering kereta saya mula meragam.

“Saya mengelak dari sebarang bebendul, cuba untuk menyelamat­kan kereta. Saya tidak memberikan sebarang kelebihan kepada Kimi, yang boleh memecut lebih pantas dan saya hanya mahu memberikan sepenuh fokus kepada keseluruha­n perlumbaam.

“Saya cuba menjarakka­n kedudukan dalam beberapa pusingan tetapi ia tidak berlaku. Saya tidak tahu kenapa, kami akan menyiasat perkara ini tetapi ia tidak penting sekarang kerana kami sudah menang!”

Raikkonen, dengan sokongan padu dari sekumpulan penyokong dari Finland, berkata: “Malangnya saya tidak dapat memberikan kemenangan kepada peminat. Saya bermula dengan baik tetapi saya tidak memberikan cabaran yang sengit.

“Selepas itu, saya hanya cuba mengekalka­n kedudukan. Saya cuba menang tetapi tempat kedua juga hebat untuk pasukan.”

Perlumbaan bermula pada cuaca pantas dengan suhu litar mencecah 55 darjah Selsius dengan dua pemandu Ferrari bermula dengan baik, di hadapan Bottas sementara di belakang mereka, kemalangan berlaku pada selekoh pertama yang memaksa Kereta Keselamata­n masuk.

Pada selekoh pertama itu, pemandu pasukan Haas, Romain Grosjean berlanggar dengan Nico Hulkenberg dari Renault dan di selekoh kedua, dua pemandu Red Bull berlanggar sesama sendiri.

Selepas terbabas dan berputar atas litar, Ricciardo akhirnya terpaksa memberhent­ikan kereta di tepi litar kerana kebocoran minyak enjin.

Kerana kesilapan itu, Verstappen didenda berhenti 10 saat di lorong pit tetapi beliau tetap melakukan pemanduan cemerlang untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Hamilton terpaksa memberi laluan kepada Bottas pada pusingan ke-56 kerana beliau mempunyai lebih kepantasan untuk mencabar dua pemandu Ferrari tetapi ia terlalu lewat untuk menafikan kemenangan satu dua Ferrari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia