Utusan Borneo (Sarawak)

Dua ratus peserta, sembilan negara bersaing Kejohanan Woodball Terbuka Antarabang­sa

-

KUALA TERENGGANU: Dua ratus peserta dari sembilan buah negara berentap dalam Kejohanan Woodball Terbuka Antarabang­sa Malaysia kali ke- 20 yang membuka tirai perlawanan semalam.

Sebanyak sembilan acara dipertandi­ngkan dalam kejohanan selama empat hari berlansung di Taman Awam Batu Burok, di sini dengan menawarkan hadiah keseluruha­n bernilai RM26,050.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat berkata kejohanan yang julung kali diadakan di negeri ini mampu menarik perhatian orang ramai bagi mengenali sukan itu secara lebih dekat.

Katanya selain itu ianya juga memberi pendedahan kepada atlet tempatan untuk menimba pengalaman bersama atlet dari negara lain seperti Taiwan, Nepal, Pakistan dan Uganda.

“Sukan ini telah lama bertapak namun kurang dikenali bagi rakyat Terengganu dan bagi menarik minat orang ramai menyertai sukan woodball kita mengambil inisiatif dengan mem- perkenalka­n sukan ini ke peringkat sekolah di semua daerah negeri ini.

“Sejak tiga tahun lalu kita mengambil langkah bagi mencungkil bakat menerusi sekolah di setiap daerah dan sambutan agak memberangs­angkan... mungkin selepas ini akan diperluask­an ke setiap agensi kerajaan kerana permainan ini cukup sesuai untuk semua lapisan usia,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya penganjura­n sukan bertaraf antabangsa ini juga dapat meningkatk­an industri pelanconga­n negeri bersempena dengan kempen Visit Beatifiul Terengganu 2017.

Katanya walaupun tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk meraih kejuaraan dalam kejohanan ini namun secara tidak langsung para atlet dapat memantapka­n lagi kemahiran mereka menerusi persaingan dari negara yang lain.

Sembilan orang atlet Terengganu berada dalam carta kebangsaan turut menyertai kejohanan ini yang juga akan menentukan mata dan kedudukan untuk layak ke Piala Dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia