Utusan Borneo (Sarawak)

Posa bertekad bawa perubahan kepada skuad Sarawak musim depan

-

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais bertekad membawa perubahan kepada prestasi pasukan Sarawak menjelang Liga Malaysia musim depan.

Mengakui tahun ini (2017) bukan permulaan baik bagi badan induk bola sepak negeri itu yang bergelut dengan isu peruntukan.

Namun, beliau berjanji keme- lut itu bakal berakhir dan sekali gus membolehka­n Sarawak bangkit dengan lebih mantap pada tahun depan.

Setelah lapan bulan menerajui kepimpinan FAS, Posa berkata ia merupakan tempoh baginya menimba pengalaman sebagai bekalan persiapan menghadapi musim baharu.

“Jika kita bercakap mengenai musim ini (2017), prestasi kita jatuh disebabkan banyak faktor terutamany­a isu kewangan.

“Maka, musim baharu kita lebih bersedia dengan pengalaman dan pengajaran lalu untuk memperbaik­i kelemahan dan meningkatk­an prestasi pasukan,” katanya ketika ditemui di Stadium Negeri di sini.

Mengulas lanjut, Posa berkata pihaknya tidak berbuat apa-apa selain meneruskan perjanjian yang telah dimeterai oleh pengurusan sebelum ini.

Apapun, katanya, semua itu akan diselesaik­an sebaik tamat musim ini bagi membolehka­n pengurusan FAS terkini menyelesai­kan kemelut yang membelengg­u persatuan.

“Selepas ini, kita aturkan semula termasuk kontrak pemain dan kita tidak boleh singkirkan begitu sahaja kerana sebelum ini kita banyak berhabis membayar pampasan.

“Peruntukan FAS untuk pas- ukan terus berkuranga­n semata-mata untuk menyelesai­kan masalah (bayaran pampasan) pemain-pemain terbabit yang disingkirk­an,” katanya.

Jelasnya, hanya kerana itu Sarawak tidak dapat membuat pembelian pemain bertaraf bintang untuk memperkuat jentera pasukan selain turut dibebani perbelanja­an paling besar bagi menampung kos pengangkut­an dan logistik.

“Ketika ini, kita hanya ada empat penaja termasuk kerajaan negeri dan selebihnya saya usahakan sendiri.

“Kalau ada kekurangan, saya akan pikul tanggungja­wab itu demi Sarawak dan kita amat berpuas hati kerana tidak lagi dibebani hutang kiri dan kanan,” katanya sambil mendedahka­n FAS telah berbelanja lebih RM9 juta setakat ini.

Bercakap mengenai prestasi semasa, Posa berkata Sarawak kini perlu mencatatka­n kemenangan dalam tiga baki perlawanan Liga Super 2017 sekiranya mahu terus bersaingan dalam liga elit negara itu musim depan.

Apa yang penting, ia merupakan sasaran semasa dan fokus utama pasukan ketika ini bagi membuka laluan cerah meneruskan kempen Liga Super 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia