Utusan Borneo (Sarawak)

Belajar untuk sebar maklumat

-

MASALAH komunikasi akibat tidak mahir berbahasa Mandarin menyebabka­n lapan peserta Kembara Inspirasi Haji mengalami kesukaran menyebar maklumat kepada masyarakat China yang ingin tahu tentang pengembara­an mereka ke Tanah Suci.

Bagaimanap­un, Mohd Izam Mahd Nor berusaha mengatasi halangan berkomunik­asi itu dengan mempelajar­i bahasa berkenaan dengan Andy Yuan, seorang pemandu pelancong dari China yang mengiringi peserta kembara itu sepanjang pengembara­an mereka di negara tersebut.

Mohd Izam mengambil kesempatan mempelajar­i bahasa itu bersama Andy ketika kedua-duanya berada dalam kenderaan sepanjang perjalanan.

“Bagi saya bahasa Mandarin bahasa istimewa … namun saya belum pandai tetapi saya akan terus mencuba selagi saya ada di China,” kata Mohd Izam apabila ditanya mengenai langkah selanjutny­a selepas meninggalk­an China nanti.

Mohd Izam begitu cepat dan cekap menguasai bahasa Mandarin walaupun tidak pernah bertutur bahasa itu sepanjang hayatnya.

Ada kala beliau berpanduka­n aplikasi berbahasa Mandarin melalui telefon bimbit sebagai rujukan dan terjemahan semasa bertutur dengan warga China.

Sikap bersahaja Mohd Izam membuatnya tidak segan silu malah mempunyai keyakinan tinggi untuk bertutur dalam bahasa itu dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya.

Beliau yang suka berseloroh juga tidak akan berasa malu sekiranya menyedari telah melakukan kesilapan dalam sebutan ketika bertutur malah akan memperbetu­lkan kepincanga­nnya itu.

Lazimnya tiada siapa yang akan memarahi atau menegurnya malah hanya tersenyum jika dia tidak menyebut perkataan dengan jelas dan tetap kerana mereka memahami Mohd Izam seorang pengembara asing yang cuba mempelajar­i bahasa itu.

Ada kalanya nama Chong Wei dan Lin Dan, pemain hebat badminton dunia, disebut-sebut oleh Mohd Izam sebagai memperkena­lkan Malaysia kepada warga China yang samar-samar mengenai Malaysia.

Ditanya mengenai pengalaman­nya menjadi peserta paling muda, Mohd Izam berkata: “Setakat ini terlalu banyak benda baharu, pengembara­an ini satu peluang bagi saya untuk mencuba dan memahami .. terlalu banyak yang saya pelajari dan lalui.”

Ini adalah kali pertama beliau menyertai sebarang pengembara­an yang telah memberinya pengalaman dalam hidup sebagai seorang pengembara.

Pengembara­an anjuran Pertubuhan Kembara Amal (#PEKA) setakat ini menghampir­i 7,000km melalui Thailand dan Laos dan beberapa bandar di China seperti Shadian, Kunming, Mengla, Dali, Lanzhou, Wei Yuan di Wilayah Yunan, Sichuan dan Gansu.

Pengembara­an itu dijangka menempuh perjalanan sejauh 16,000km yang akan turut merentasi Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenist­an, Iran dan Emiriah Arab Bersatu sebelum menaiki kapal terbang ke Jeddah beberapa hari sebelum wukuf. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUTAN MERIAH: Kembara Inspirasi Haji (KIH) 2017 disambut meriah oleh pengurusan Masjid Xiguan di Wilayah Gansu, China kelmarin.
— Gambar Bernama SAMBUTAN MERIAH: Kembara Inspirasi Haji (KIH) 2017 disambut meriah oleh pengurusan Masjid Xiguan di Wilayah Gansu, China kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? TEMBIKAI: Mohd Izam (kiri) bergambar dengan penjual buah sambil menaiki sebuah motosikal dengan muatan longgokan buah tembikai di Wilayah Gansu, kelmarin. SOLAT: Peserta Kembara Inspirasi Haji (KIH) 2017 berhenti seketika bagi menunaikan solat di...
— Gambar Bernama — Gambar Bernama TEMBIKAI: Mohd Izam (kiri) bergambar dengan penjual buah sambil menaiki sebuah motosikal dengan muatan longgokan buah tembikai di Wilayah Gansu, kelmarin. SOLAT: Peserta Kembara Inspirasi Haji (KIH) 2017 berhenti seketika bagi menunaikan solat di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia