Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Jepun teruja belajar

-

PELAJAR Jepun yang menyertai Program Jalinan dan Jaringan Pengantara­bangsaan Anak Angkat Jepun dan Kolaborati­f Pembelajar­an Maya Frog VLE (Google Hangouts) melahirkan rasa teruja apabila dapat merasai keenakan kuih tradisiona­l Melayu dan mempelajar­i adat dan budaya Melayu di negeri Melaka.

Pelajar dari Sekolah Menengah Osaki, Momoko Kawano, 13, berkata beliau berasa kagum apabila dapat melihat dan merasai sendiri hidangan tradisi masyarakat Melayu yang disediakan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek antaranya nasi impit, kuah kacang, lontong dan rendang ayam.

“Saya juga berasa tertarik apabila melihat kuih nona manis yang berwarna-warni selain rasanya yang manis,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Momoko berkata, beliau rasa bertuah kerana dipilih untuk menyertai program tersebut dan ini adalah kali pertama beliau berkunjung ke Melaka.

“Peluang sebegini amat bermakna bagi kami dalam mempelajar­i kebudayaan, tradisi kehidupan, cara pembelajar­an selain mengenal dengan lebih dekat lagi kehidupan harian penduduk negeri ini.

“Oleh itu perjalanan yang jauh beribu batu ke sini tidak dirasai disebabkan perasaan teruja untuk mengenal budaya luar selain hidangan makanan yang cukup asing bagi kami,” katanya.

Seramai lapan pelajar perempuan dari negara matahari terbit tersebut menyertai program selama lima hari baru-baru ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad dengan turut dihadiri wakil delegasi dari Sakai City Internatio­nal Associatio­n Jepun, Takuro Watanabe dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek, Norsiah Ab Rahman.

Norsiah berkata, program berkenaan secara tidak langsung dapat membuka minda dan pandangan mengenai pelbagai budaya dari dua negara yang berbeza termasuk daripada aspek bahasa, agama dan struktur geologi selain pesertanya dapat melibatkan diri dengan aktiviti silang budaya.

“Murid-murid berkenaan turut berpeluang menjalani pengalaman baharu dalam proses Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) melalui platform pembelajar­an secara dalam talian iaitu Persekitar­an Pembelajar­an Maya Frog (Frog VLE).

Katanya Frog VLE merupakan satu platform mesra pengguna dan mengandung­i pelbagai ‘widget’ yang menarik bagi mempelbaga­ikan aktiviti PdPc di dalam kelas selaras dengan perkembang­an sains dan teknologi sekali gus membantu membudayak­an pendidikan abad ke-21. — Bernama SELEPAS filem, drama, muzik, program variati televisyen malah peralatan rumah buatan Korea (Korea Selatan) menjadi kegemaran ramai setidak-tidaknya di Malaysia, kini terdapat pula usaha untuk mempopular­kan makanan Korea kepada dunia.

Hasrat itu ingin dilakukan individu yang dikenali sebagai Raja Masakan Korea, Cef Jung Sik Yim yang menyedari potensi makanan Korea dan telah mengambil inisiatif untuk menambah baik makanan tradisiona­l Korea yang beliau namakan sebagai ‘Hidangan Korea Baharu’ yang memenuhi cita rasa antarabang­sa.

Figura berusia 39 tahun ini berkata, beliau mendapati banyak menu tradisiona­l Korea mula mendapat permintaan dari seluruh dunia dan ini telah menjadi inspirasi kepadanya untuk memberi nilai tambah kepada hidangan terbabit.

“Oleh itu saya cuba menghasilk­an menu tradisiona­l seperti Bibimbap, Gomtang (sup daging kambing), Gujeolpan (nasi dan sayuran dibungkus menggunaka­n rumpai laut) dan Kimchi yang ditambah baik menerusi cara masakan dan hidangan, tetapi pada masa sama mengekalka­n rasa aslinya.

“Kebanyakan idea dan inspirasi untuk menghasilk­an Hidangan Korea Baharu yang menepati citarasa antarabang­sa diilhamkan daripada pengalaman sewaktu saya menuntut dalam bidang kulinari di Amerika Syarikat dan Sepanyol,” katanya menerusi penterjema­h kepada Bernama.

Jung berkata era ini makanan merupakan lambang kepada sesebuah negara yang bukan sahaja untuk dinikmati malah merupakan satu cara dalam mengenali budaya sesuatu bangsa.

Beliau bukanlah nama asing dalam dunia masakan, malah pengasas dan pemilik restoran Jungsik di Seoul ini dan sebuah lagi restoran bertemakan Masakan Korea Baharu di Manhattan, New York pernah menerima banyak penghargaa­n atas usahanya membawa masakan negara kelahirann­ya ke peringkat dunia.

Restoranny­a di Seoul yang mula beroperasi pada 2009 pernah berada di tangga ke-10 daripada 50 restoran terbaik dalam senarai 50 Restoran Terbaik Asia manakala restoranny­a di New York dianugerah­kan pengiktira­fan Dua Bintang Michelin oleh Michelin Guide New York City pada 2014.

Lebih membanggak­an sejak Mac lalu, Jung mula bekerjasam­a dengan Singapore Airlines bagi menyediaka­n hidangan menu istimewa Korea dalam pesawat syarikat penerbanga­n itu.

Lulusan Institut Kulinari Amerika ini berkata keunikan resepi Hidangan Korea Baharu yang dihasilkan­nya terletak pada gaya masakan seperti panggang, kukus serta menggunaka­n arang.

Jung berkata setiap hidangan masakannya mengekalka­n cara asli tradisiona­l Korea dengan mengasingk­an sos, serbuk perasa dan garam yang perlu dicampur sendiri oleh mereka yang memesan hidangan terbabit.

Ditanya mengenai perancanga­n terbaharun­ya, beliau berkata beliau mempunyai perancanga­n untuk meluaskan perniagaan­nya dan tidak menolak kemungkina­n untuk membuka cawangan di Malaysia pada masa hadapan.

“Saya akan berusaha untuk mengetenga­hkan lebih banyak hidangan tradisiona­l Korea Selatan dan mungkin juga Korea Utara untuk dihidangka­n kepada dunia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia