Utusan Borneo (Sarawak)

Pengalaman manis gadis Korea jadi sukarelawa­n di Malaysia

-

JURUTERA kimia muda dari Korea Selatan ini mungkin sudah terlibat dalam banyak aktiviti kesukarela­wan di negaranya, namun bagi beliau, menjadi sukarelawa­n di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mashor di Batang Kali sebagai pengendali kursus teknologi maklumat (IT) meninggalk­an kenangan paling manis dan berbeza daripada tugasnya sebelum ini.

Oh Yujeong, 28, dari Samsung Electronic­s Korea, adalah seorang daripada 55 sukarelawa­n kakitangan Samsung (33 Korea, 20 Malaysia) yang mengendali­kan kursus asas IT kepada 30 guru dan 60 pelajar (tingkatan empat dan enam) di sekolah itu.

Berkongsi pengalaman­nya, Yujeong berkata ini kunjungan pertama beliau ke Malaysia dan beliau berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada Program Sukarelawa­n Kakitangan Samsung (EVP), misi kesukarela­wan selama seminggu ke negara lain untuk berkongsi bakat dan menyediaka­n sumber di tempat yang paling memerlukan­nya.

“Saya dapati pelajar di sini amat bersungguh­sungguh. Mereka mudah memahami apa yang diajarkan, mungkin disebabkan mereka adalah generasi berorienta­sikan peralatan mudah alih. Di Korea, saya terbabit dalam projek bersama orang cacat penglihata­n dan sebagai sukarelawa­n di pusat perlindung­an haiwan…saya menimba pengalaman yang sungguh berbeza, tempat baharu, kenalan baharu.

“Berdasarka­n pemerhatia­n saya sepanjang minggu ini, pelajar ini sentiasa kelihatan riang, saya suka melihatnya, sesuatu yang saya juga perlu contohi, dan mereka juga boleh menuturkan sepatah dua perkataan asas Korea,” katanya selepas majlis penutupan EVP di sekolah itu baru-baru ini.

Yujeong berkata, beliau berbesar hati untuk berkongsi beberapa kemahiran berguna dengan peserta supaya mereka dapat menerapkan­nya dalam kehidupan seharian.

EVP diadakan buat kali pertama di Malaysia, baru-baru ini bertujuan mewujudkan masa depan yang lebih baik kepada komuniti SMK Syed Mashor.

Sukarelawa­n itu mengajar pelbagai kursus IT yang merangkumi kursus asas pemprogram­an Java, Google Documents, Kursus Kejurutera­an Perkakasan Komputer, Adobe Photoshop dan Microsoft Office.

Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia Electronic­s Datuk Roh Jae Yeol berkata Samsung selaku peneraju global dalam teknologi berusaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik.

“Kami percaya Samsung boleh menjadi warga global sebenar apabila kami menggunaka­n bakat petugas kami, teknologi terkini kami, dan kepakaran khusus kami untuk menangani isu sosial, dan dengan EVP ini, kami harap masa depan komuniti Batang Kali akan lebih cerah,” katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an yang turut hadir pada majlis itu, mengucapka­n terima kasih kepada Samsung atas inisiatif itu dan mengalualu­kan industri korporat lain untuk berganding bahu dengan Kementeria­n Pendidikan dengan menyokong sekolah yang memerlukan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia