Utusan Borneo (Sarawak)

Melumpuhka­n pasaran gelap amfibia terancam

-

PEMBURU haram di Ecuador sudah lama mengetahui harga tinggi yang boleh diraih daripada katak-katak jarang ditemui yang hanya terdapat di negara mereka.

Namun sekarang, firmafirma yang mengambil berat tentang alam sekitar turut mulai menjual amfibia tersebut dalam cubaan menyelamat­kannya daripada pasaran gelap dan ancaman kepupusan.

Di San Rafael, hanya di pinggir Quito, syarikat saintifik Wikiri membesarka­n 12 spesies katak.

Ada di antaranya hanya ada di Ecuador, manakala yang lain berisiko lenyap dari habitat semula jadinya di tempat lain.

Selepas dibesarkan dalam ratusan terarium, ia dihantar ke Kanada, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan pelbagai negara Eropah dengan harga mencecah AS$600 seekor.

“Harga tinggi itu memberikan idea kepada kita betapa lumayannya aktiviti (pemburuan haram katak) tersebut,” kata Lola Guarderas, pengurus pusat berkenaan, kepada koresponde­n Santiago Piedra Silva di Quito baru-baru ini.

Untuk menggarisk­an kata-katanya, Guarderas menunjukka­n seekor katak kaca, dengan kulit telus cahaya yang membolehka­n organ dan jantung merah yang sedang berdenyut dilihat dengan jelas, ketika ia berjalan di sepanjang penjuru bekas penyimpana­nnya.

Di pekarangan syarikat tersebut yang seluas 5,000 meter persegi meliputi taman-taman besar di sepanjang tebing sungai, katak tersebut dibiakkan dalam makmal untuk tidak mempengaru­hi fauna tempatan.

Mereka kemudian diletakkan dalam sirkit ‘dagangan bio beretika’ yang bertentang­an dengan penyeludup­an dan jualan di pasaran gelap oleh pemburu haram.

“Situasi ini berlainan sama sekali daripada dagangan haram spesies di mana mereka pergi ke habitat haiwan tersebut dan menangkapn­ya untuk dieksport, sekali gus menjejaska­n keseimbang­an hutan,” kata Guarderas.

Selain menjalanka­n ladang katak, beliau juga penyelaras Pusat Jambatu yang menyelidik dan memulihara amfibia, serta dianjurkan oleh Wikiri.

Ecuador merupakan sebuah negara Amerika Selatan yang agak kecil tetapi menjadi tempat kediaman antara paparan kepelbagai­an bio terbesar di planet ini.

Ia mempunyai lebih 600 spesies katak, hampir separuh daripadany­a hanya boleh ditemui di negara itu.

Menurut kementeria­n alam sekitar Ecuador, 186 spesies tersebut berdepan risiko kepupusan. PASARAN GELAP

Pihak berkuasa telah mengharamk­an penangkapa­n dan jualan semua haiwan liar.

Namun ia tidak berjaya menghentik­an dagangan haram dari Amazon yang meliputi seluruh Brazil, Peru, Colombia, Bolivia, Ecuador, Venezuela, Guyana dan Surinam.

Aktiviti tersebut dianggarka­n telah membawa masuk AS$1.3 bilion bagi mereka yang terlibat antara 2005 dan 2014, menurut persatuan ekologi.

Baru-baru ini Pusat Jambatu mengumumka­n satu penemuan baharu, pembiakan dalam kurungan buat kali pertama ‘Atelopus ignescens’ atau kodok ‘stubfoot’ Quito.

Ambibia berwarna hitam itu mudah ditemui di wilayah Andes Ecuador suatu ketika dahulu tetapi dipercayai telah pupus tiga dekad lalu, sehinggala­h satu populasi kecil ditemui tahun lepas.

Sejumlah 43 kodok tersebut dibawa ke Pusat Jambatu di mana selepas beberapa cubaan, mereka berjaya membiakkan 500 berudu daripada sepasang kodok.

Secara keseluruha­n, pusat penyelidik­an tersebut menangani kira-kira 40 spesies yang secara tipikalnya ditemui di Ecuador atau berasal dari beberapa negara Amerika Selatan yang lain.

Kira-kira 12 daripadany­a ditawarkan untuk eksport termasuk ‘Agalychnis spurrelli’ atau katak pokok menggelong­sor; ‘Cruziohyla calcarifer’ atau katak daun hebat dengan perut kuning berjalur dan kaki panjang; serta ‘Hyalinobat­rachium aureogutta­tum’ yang mempunyai badan lut cahaya berbintik kuning.

Kira-kira 500 katak dijual setiap tahun, menambahka­n kepada aliran tahunan dari negara Amerika Latin lain yang meliputi jumlah 7,000 ekor yang dihantar ke seluruh dunia.

Mereka berharap cara ini akan menggugat dagangan pasaran gelap yang menyeludup haiwan tersebut.

“Penyeludup­an haram amfibia di seluruh dunia adalah satu aktiviti yang sangat besar,” menurut ahli biologi dan pengarah pusat Luis Coloma.

Ia memburukka­n lagi bahaya yang dihadapi katak-katak tersebut, di mana sesetengah spesies berdepan risiko kepupusan mendadak tatkala habitat mereka musnah akibat penceroboh­an manusia, pencemaran atau perubahan iklim.

Menurut kementeria­n alam sekitar Ecuador, 18 spesies katak sudahpun lenyap, sekali gus menjejaska­n kepelbagai­an bionya yang kaya. — AFP

 ??  ?? KATAK ‘DIABLITO’ (DENDROBATE­S SYLVATICUS)
KATAK ‘DIABLITO’ (DENDROBATE­S SYLVATICUS)
 ??  ?? SAINTIS MENJALANKA­N PENYELIDIK­AN DI PUSAT JAMBATU
SAINTIS MENJALANKA­N PENYELIDIK­AN DI PUSAT JAMBATU
 ??  ?? KATAK BERACUN ‘PHANTASMAL’ (EPIPEDOBAT­ES TRICOLOR)
KATAK BERACUN ‘PHANTASMAL’ (EPIPEDOBAT­ES TRICOLOR)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia