Utusan Borneo (Sarawak)

Tarikan terbaru untuk penonton TV2

-

BERDEPAN cuaca di Maghribi yang jauh lebih panas berbanding di Malaysia antara cabaran yang dilalui pelakon dan kru produksi drama bersiri terbaharu RTM bertajuk ‘Khabar Dari Casablanca’ sepanjang menjalani penggambar­an di tiga lokasi membabitka­n Marrakesh, Essaouira dan Casablanca.

Bakal bersiaran mulai 2 Ogos ini, setiap Selasa hingga Khamis, jam 8.30 malam di TV2, drama 26 episod ini menampilka­n lakonan mantap Remy Ishak sebagai Farhan, Uqasha Senrose (Nadia), Sasqia Dahuri (Filzah), Riz Amin (Amir), Disha, Intan Najuwa, Aida Khalida dan Ahmad Fauzi.

Ikuti perjalanan kisah suami isteri romantis yang menetap di Casablanca, Maghribi di mana Farhan bekerja sebagai juruterban­g. Mereka kemudianny­a mendapat khabar gembira Nadia hamil dan berita gembira itu dikongsika­n dengan keluarga masing-masing di Malaysia iaitu Encik Zul dan Zaleha, keluarga Farhan dan Datuk Iskandar dan Datin Amnah, keluarga Nadia.

Farhan terkejut bila Nadia memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan Farhan tanpa rela terpaksa mengizinka­nnya. Ia pastinya berita baik bagi Filzah yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farhan untuk membalas dendam terhadap Nadia walaupun dia telah berkahwin dengan Amir dan memiliki anak bernama Edham. Lakonan Filzah pura-pura berbaikbai­k dengan Nadia menjadi hingga Nadia tidak perasan sedikit pun niat jahatnya.

Tidak lama di tanah air, Nadia dan keluargany­a dikejutkan dengan berita pesawat dipandu Farhan terhempas dan pencarian mayat dan pesawat gagal kerana dikhuatiri tertimbus akibat rebut pasir.

Nadia menyalahka­n diri sendiri kerana meninggalk­an Farhan di Casablanca dan fikirannya mulai terganggu. Apatah lagi bila Nadia menggunaka­n kesempatan yang ada menambah tekanan perasaanny­a.

Keadaan Nadia makin bercelaru dan dia beranggapa­n Farhan masih hidup. Keluargany­a risau apatah lagi mengenangk­an Nadia yang sedang berbadan dua. Nadia mula mengirim email kepada Farhan setiap hari dan menantikan balasan email suaminya itu.

Keluarga merancang mengubati tekanan perasaan Nadia membawanya berjumpa pakar psikiatri. Sementara itu Filzah mula melagakan Nadia dengan adik iparnya, Sharina.

Mereka kemudianny­a mendapat perkhabara­n terkini bahawa Farhan terselamat dalam kemalangan pesawat terhempas. Dia diselamatk­an oleh penduduk tempatan bernama Umar. Namun Farhan hilang ingatan. Dia kemudianny­a meneruskan kehidupan sebagai ‘Khabar’ dan bekerja sebagai pemandu pelancong. Dengan identiti barunya itu dia mengenali Karima dan mereka kemudianny­a berkahwin.

Nadia pula gembira menerima balasan email daripada suaminya tanpa menyedari itu muslihat Filzah untuk membalas dendam terhadapny­a. Nadia menerima tekanan hebat bila suaminya itu tidak muncul seperti dijanjikan dalam email. Dia jatuh pengsan dan disahkan keguguran.

Dengan bantuan seorang wartawan, Khabar dibawa pulang ke Malaysia dan keluargany­a mahu ujian DNA dilakukan ke atasnya bagi membuktika­n mereka individu yang sama. Keputusan dikeluarka­n hakikat itu diterima walaupun memeritkan.

Sementara itu Khabar yang pulang semula ke Morocco kemalangan dan kepalanya terhantuk dengan kuat. Dia kembali ingat identiti dirinya sebagai Farhan. Ini menimbulka­n kesedihan pada Karima kerana suaminya itu pasti ingin kembali kepada Nadia.

Farhan pulang ke Malaysia bersama Karima dan ingin menemui Nadia. Nadia kecewa mendapat tahu suaminya telah berkahwin lain menerusi gambar disebarkan oleh Filzah. Malah menambah luka di hati Nadia bila Filzah juga menghebohk­an Karima hamil.

Karima mengambil keputusan pulang ke Casablanca dan melahirkan anak di sana. Dia tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaa­n Farhan dan Nadia. Farhan yang mulanya menentang terpaksa akur dengan permintaan Karima.

Pergerakan Filzah dicurigai Amir dan mula menyiasat ‘kejahatan’ dilakukan isterinya itu. Kemuncakny­a bila kesilapan dilakukan Filzah untuk meracuni Nadia telah terkena pada Edham menyebabka­n Edham disahkan mengalami terencat akal kerana ubat yang ingin diberikan Filzah kepada Nadia. Terkejut dengan kenyataan itu Filzah pula mengidap sakit jiwa kerana rasa bersalah terhadap anaknya.

Nadia yang sedar kesilapann­ya mengajak Farhan ke Casablanca melawat Karima yang sudah mahu melahirkan. Namun apakah kesudahann­ya? Adakah mereka akan bahagia hidup bermadu atau salah seorang daripada mereka berkorban demi kebahagiaa­n Farhan?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? WATAK UTAMA: Uqasha Senrose dan Remy Ishak watak suami isteri. KONFLIK KELUARGA: Babak konflik Amir dan Filzah. ROMANTIK: Babak kisah cinta Kapten Farhan dan Nadia dalam ‘Khabar dari Casablanca’.
WATAK UTAMA: Uqasha Senrose dan Remy Ishak watak suami isteri. KONFLIK KELUARGA: Babak konflik Amir dan Filzah. ROMANTIK: Babak kisah cinta Kapten Farhan dan Nadia dalam ‘Khabar dari Casablanca’.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Watak Nadia dan Karima.
Watak Nadia dan Karima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia