Utusan Borneo (Sarawak)

Lima remaja ditahan terlibat kes rogol

-

KOTA KINABALU: Ekoran memperdaya kenalan WeChat, sekumpulan lima remaja lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kes rogol.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, kelimalima suspek berumur dalam lingkungan 13 hingga 18 tahun.

Katanya, mangsa iaitu seorang remaja perempuan berumur 15 tahun melaporkan dirogol oleh kesemua suspek di sebuan rumah usang sekitar Manggatal di sini.

Menurutnya, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 3 petang pada 14 Jun lepas.

“Mangsa dan kesemua suspek adalah kenalan WeChat dan hanya mula berkawan sekitar tiga minggu sebelum kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa dibawa ke rumah usang terbabit oleh suspek untuk berbual-bual kosong.

“Bagaimanap­un, selepas beberapa minit berbual mangsa dipaksa untuk berbaring di lantai sebelum kesemua suspek bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir,” jelasnya mengesahka­n kejadian di sini pada Ahad.

Chandra berkata, sebelum tiba di rumah usang itu, mangsa cuba untuk melarikan diri namun kelima-lima suspek menghalang­nya.

Katanya, salah seorang suspek turut berjanji untuk menghantar mangsa pulang ke rumah.

Ekoran daripada kejadian itu jelasnya, mangsa membuat laporan polis pada Rabu lepas kira-kira jam 9.30 malam.

Beliau berkata, hasil maklumat orang awam dan risikan polis, kelima- lima suspek berjaya ditahan polis dalam tempoh masa kurang 24 jam selepas laporan diterima.

Kesemua suspek katanya, direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula 28 Julai hingga 3 Ogos ini.

Pada masa sama, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal dan berada dalam keadaan stabil.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpula­n.

“Jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh dikenakan sebat,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatk­an orang ramai terutama ibu bapa agar mengambil tahu aktiviti anakanak perempuan mahupun lelaki.

Menurutnya, langkah berkenaan supaya dapat mengurangk­an risiko yang tidak bermoral dilakukan oleh anak remaja kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Selain itu katanya, orang ramai khususnya ibu bapa jangan membiarkan anak terutama perempuan berjalan seorang diri untuk mengelak mereka dari menjadi mangsa rogol.

“Orang ramai perlu mempunyai disiplin diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunaka­n laman sosial untuk kegunaan yang baik dan aktiviti- aktiviti yang bermanfaat.

“Remaja juga perlu bijak menilai tentang perkara yang baik dan buruk sebelum melakukann­ya selain selalu mendengar nasihat ibu bapa,” katanya.

 ??  ?? DIPERDAYA: Rumah usang yang dijadikan lokasi suspek untuk merogol mangsa.
DIPERDAYA: Rumah usang yang dijadikan lokasi suspek untuk merogol mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia