Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki kurang siuman dibelasah teruk

-

KOTA KINABALU: Garagara tindakanny­a yang sering mengganggu orang awam, seorang lelaki dipercayai kurang siuman menjadi mangsa dibelasah sekumpulan lelaki.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang pada Jumaat itu, video rakaman mangsa dipukul sekumpulan lelaki menjadi tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan memasuki pusat beli-belah di sini tetapi dihalau keluar oleh pengawal keselamata­n.

Menurutnya, tindakan pengawal berkenaan disebabkan oleh kelakuan mangsa yang selalu membuat kacau di dalam kawasan pusat belibelah itu.

“Selepas dihalau, mangsa kemudianny­a menuju ke kawasan pasar dan cuba mengambil sebuah telefon bimbit milik seorang pekerja di pasar berkenaan.

“Sebaik menyedari kejadian itu, pekerja terbabit mengejar mangsa. Pada masa sama, mangsa cuba melawan sambil mengacukan sebilah gunting kepada pekerja berkenaan,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa yang dikejar dapat ditahan sebelum dibelasah beberapa lelaki di kawasan parkir teksi pusat beli-belah itu.

Chandra berkata, beberapa pemandu teksi yang menyaksika­n kejadian itu tidak melihat sebarang senjata seperti gunting dibawa mangsa.

“Kumpulan lelaki terbabit memukul mangsa menggunaka­n kayu dan batang besi hingga menyebabka­n mangsa cedera di bahagian kepala.

“Mangsa juga dilihat segera beredar dari kawasan itu menuju ke Bulatan Todak. Bagaimanap­un, mangsa gagal dikesan di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu dan mengarahka­n pihak keselamata­n pusat beli-belah berkenaan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? DIBELASAH: Rakaman video berdurasi 37 saat memaparkan kejadian mangsa dipukul menjadi tular di laman sosial.
DIBELASAH: Rakaman video berdurasi 37 saat memaparkan kejadian mangsa dipukul menjadi tular di laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia