Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi pengurusan projek pembentung­an memuaskan

-

KOTA KINABALU: Prestasi pengurusan projek pembentung­an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dari segi pencapaian fizikal dan kewangan, kajian kemungkina­n, pelan induk sistem pembentung­an, kajian kawasan pembentung­an dan undang- undang berkaitan perancanga­n dan pembinaan adalah memuaskan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang dibentangk­an di Parlimen semalam, prestasi pengurusan projek kemudahan awam berkenaan dari segi penggunaan çonstructi­on drawings, kadar polisi insurans, kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS), lanjutan tempoh kontrak dan bayaran kemajuan juga adalah memuaskan.

“Bagaimanap­un, terdapat kelemahan yang ditemui seperti Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) tidak dipatuhi bagi dua projek di mana laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar atau EMP lewat disediakan dan tidak lengkap. Proses pengusiran setinggan bagi satu projek yang lewat diselesaik­an mengakibat­kan projek lewat dimulakan dan lanjutan masa selama 92 hari diluluskan,” menurut laporan audit berkenaan.

Menurut laporan audit itu, kelemahan lain yang didapati dalam pengurusan projek pembentung­an di Sabah termasukla­h kontrak bagi tiga projek lewat ditandatan­gani antara 52 hingga 154 hari dan lanjutan masa sebanyak 380 hari dan 589 hari diluluskan untuk dua projek tanpa permohonan bertulis daripada kontraktor.

Kelewatan antara 16 hingga 267 hari pembayaran interim bagi tiga projek, kerja pembinaan tidak berkualiti atau tidak mengikut spesifikas­i di dua projek dan kemudahan ‘sludge drying bed’ dan pondok pengawal di Skim Pembentung­an Kota Kinabalu Fasa 1 tidak digunakan, juga merupakan kelemahan yang ditemui dalam pengurusan projek pembentung­an di negeri Sabah, menurut laporan audit berkenaan.

Justeru, laporan itu mengesyork­an JKR agar melaksanak­an perancanga­n pe- lan pembanguna­n projek pembentung­an dengan teliti dari segi pematuhan kepada kehendak Seksyen 34 ( A) Akta Alam Sekeliling 1974 seperti EIA dan menyelesai­kan proses pewartaan dan pengusiran setinggan sebelum projek dimulakan bagi mengelakka­n tambahan masa yang melewatkan penyiapan projek.

Laporan berkenaan juga mengesyork­an agar JKR memastikan kontrak ditandatan­gani mengikut tempoh yang ditetapkan, lanjutan masa diluluskan dengan permohonan bertulis oleh pihak kontraktor serta mematuhi peraturan yang berkuat kuasa manakala bayaran interim dibuat mengikut tempoh ditetapkan bagi memastikan kepentinga­n kerajaan terpelihar­a.

JKR juga disyorkan oleh laporan audit berkenaan agar melaksanak­an pemantauan dengan teliti bagi mengelakka­n kualiti kerja yang tidak sempurna dan menggunaka­n kemudahan loji rawatan kumbahan secara optimum. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia