Utusan Borneo (Sarawak)

Kongsi kemewahan dengan insan memerlukan: Jainab

-

KOTA KINABALU: Pengusaha konglomera­t yang bertapak di Sabah perlu menitikber­atkan nilai kemanusiaa­n menerusi aktiviti kebajikan.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, konglomera­t tidak seharusnya hanya mementingk­an keuntungan semata-mata sebaliknya perlu melakukan kebajikan.

“Dalam era mengejar kemewahan dalam hidup, tidak dinafikan kadangkala nafsu mengawal minda manusia sehingga ada yang sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya untuk mencapai matlamat masing-masing.

“Bagaimanap­un, kita bersyukur kerana masih ada lagi individu yang dikurniaka­n hati yang sungguh murni yang sanggup berbahagi kemewahan bersama insan yang serba kekurangan,” katanya pada Majlis Pelancaran dan Per- asmian Aryssa Holding Sdn Bhd, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, Aryssa Holding adalah sebuah syarikat yang sering melaksanak­an aktiviti amal dan salah satu tujuan perniagaan dijalankan adalah menubuhkan yayasan khusus buat anak-anak yatim dan orang susah.

Selain itu katanya, syarikat itu turut memberi tunjuk ajar dan juga ilmu berniaga yang betul lagi tepat kepada usahawan baharu juga sedia ada.

“Latihan diberikan melalui sistem-sistem yang dirangka khas yang dipercayai mampu melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dan berkeyakin­an untuk melangkah lebih jauh.

“Usaha inilah diperlukan negara kita dalam usaha menjadi negara maju setanding dengan gergasi ekonomi yang lain. Perniagaan dan pembanguna­n masyarakat harusnya berjalan seiring kerana kedua-duanya saling memerlukan,” katanya.

Menurut Jainab, Aryssa Holding telah melantik 10 orang rakan niaga baharu dalam usaha menjalin kerjasama perniagaan mengikut sistem yang telah dirangka oleh syarikat itu.

Katanya, rakan niaga baharu itu akan diberikan kit awal perniagaan bernilai RM10 ribu sebagai tanda terjalinny­a usaha sama keduadua pihak.

“Syarikat ini bukan sahaja mampu menjalanka­n perniagaan di dalam negara, malah telah menembusi beberapa negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Korea,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Aryssa Holding Aryssa D Mustapah, Penasihat Kehormat Koperasi Diraja Datuk Paduka Seri Kamaruzama­n Sulaiman serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia