Utusan Borneo (Sarawak)

ESSCom berada di landasan betul, tangkis jenayah rentas sempadan

-

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dilihat berada di landasan betul berikutan kejayaan agensi itu menangkis jenayah berat membabitka­n penjenayah rentas sempadan bagi satu tempoh yang panjang.

Setiausaha Majlis Permuafaka­tan Suluk Sabah (MPSS) Mohd Zaki Harry Susanto berkata, komitmen berterusan kesemua elemen di bawah tanggungja­wab ESSCom membuktika­n pasukan keselamata­n itu sentiasa bersiap siaga menghadapi segala kemungkina­n dalam mempertaha­nkan keamanan dan kedaulatan negara.

“Sebagai masyarakat, kita perlu menzahirka­n penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada ESSCom atas keberkesan­an penugasan mereka dan bukan hanya tahu menghentam apabila terdapat insiden berlaku di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Kita (masyarakat) perlu bersikap adil serta tidak harus berhenti daripada menjadi mata, telinga, dan mulut pihak berkuasa demi kesinambun­gan kesejahter­aan hidup masyarakat khususnya di kawasan ESSZone,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Bagaimanap­un, Mohd Zaki berharap pihak ESSCom tidak mudah berpuas hati dan mahu kerajaan sentiasa meletakkan aspek keselamata­n di kawasan perairan ESSZone sebagai keutamaan.

“ESSCom perlu sentiasa diperkasak­an. Kewujudann­ya harus dirasai oleh masyarakat supaya ia sentiasa dianggap relevan.

“Pada masa sama, pihak MPSS mengharapk­an inisiatif ‘Sahabat ESSCom’ digerakkan semula bagi membolehka­n masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti penyaluran maklumat dengan berkesan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia