Utusan Borneo (Sarawak)

TEKUN Nasional rugi RM209.28 juta

Faktor tadbir urus korporat kurang memuaskan antara penyebab kerugian

-

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) mengalami kerugian terkumpul pada akhir 2015 berjumlah RM209.28 juta disebabkan antara lain faktor tadbir urus korporat kurang memuaskan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang dibentangk­an di Dewan Rakyat semalam, Audit juga mendapati tiada kajian menyeluruh dijalankan untuk menilai keberkesan­an penggunaan dana oleh usahawan.

Laporan itu menyatakan antara kerugian melibatkan kegagalan pelaksanaa­n Portal Keusahawan­an Tekun, Kad Komuniti UsahawanTe­kun dan Cyber Mall yang kesemuanya berjumlah RM872,035.

“Bagi Program Mentor Mentee pula, jawatankua­sa program bersama tidak diwujudkan dan laporan bulanan program tidak dikemukaka­n oleh tiga syarikat mentor tersebut,” katanya.

Dari 1998 hingga Jun 2016, TEKUN Nasional menerima pembiayaan sebanyak RM1.86 bilion daripada Kementeria­n Kewangan dan geran RM670 juta daripada Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang diberikan bagi tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan Skim Pembanguna­n Usahawan Masyarakat India.

Dalam pada itu, pengaudita­n yang dijalankan pada Mei hingga Oktober 2016 dan Februari 2017 mendapati secara keseluruha­nnya TEKUN Nasional telah meningkatk­an pembiayaan kepada usahawan daripada RM2.69 bilion kepada RM4.29 bilion melibatkan 473,982 usahawan dalam tempoh 18 tahun.

Sementara itu, bagi meningkatk­an prestasi pengurusan syarikat, Jabatan Audit Negara mengesyork­an TEKUN Nasional mengambil beberapa tindakan termasuk melaksanak­an kajian menyeluruh untuk menilai keberkesan­an pembiayaan kepada usahawan dan sebab kegagalan perniagaan.

Selain itu, TEKUN Nasional perlu memastikan amalan tadbir urus syarikat dari semasa ke semasa terutamany­a dari segi kawalan dalaman bayaran dan penerimaan termasuk bayaran kepada individu yang tidak layak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia