Utusan Borneo (Sarawak)

Pinjaman kerajaan pada 2016 berkuranga­n 17.7%

-

KUALA LUMPUR: Pinjaman kerajaan pada 2016 berkuranga­n 17.7 peratus atau RM21.505 bilion kepada RM99.859 bilion berbanding RM121.364 bilion pada 2015, menurut Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2016.

Penguranga­n pinjaman antaranya disebabkan kerajaan tidak lagi membuat pinjaman bagi membiayai pinjaman perumahan kakitangan awam apabila Bahagian Pinjaman Perumahan dikorporat­kan.

Selain itu, obligasi kerajaan untuk membuat bayaran balik pinjaman dalam negeri pada 2016 berkuranga­n kerana sebahagian pinjaman belum mencapai tempoh matang untuk tebusan semula dan sebahagian lagi belum mula tempoh bayaran balik.

Pinjaman kerajaan pada 2016 terdiri daripada pinjaman luar negeri berjumlah RM5.982 bilion (6.0 peratus) dan pinjaman dalam negeri berjumlah RM93.877 bilion (94.0 peratus).

Pada 2016, hasil Kerajaan Persekutua­n adalah berjumlah RM212.421 bilion berbanding 2015 yang berjumlah RM219.089 bilion.

Penyumbang utama kepada hasil Kerajaan Persekutua­n adalah cukai pendapatan yang berjumlah RM102.350 bilion dan cukai barang dan perkhidmat­an yang berjumlah RM41.206 bilion.

Sehingga akhir 2016, sejumlah RM20 bilion telah diterima daripada Syarikat Pembinaan PFI Sdn Bhd, sebuah syarikat bertujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementeria­n Kewangan, di mana RM19.412 bilion (97.1 peratus) daripadany­a telah dibelanjak­an.

Pada akhir 2016, Kerajaan Persekutua­n mempunyai kepentinga­n di dalam 109 agensi yang terdiri daripada satu agensi antarabang­sa, enam badan berkanun persekutua­n dan 102 syarikat.

Nilai buku pegangan saham Kerajaan Persekutua­n pada akhir 2016 ialah RM30.926 bilion iaitu meningkat RM0.610 bilion ( 2.0 peratus) berbanding RM30.316 bilion pada akhir 2015.

Penyumbang utama peningkata­n nilai buku pelaburan adalah peningkata­n pelaburan dalam Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) apabila lebihan geran yang diberikan kepada SPNB ditukar kepada ekuiti, menurut laporan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia