Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan meterai FTA dengan Hong Kong, Iran menjelang akhir 2017

-

SERDANG: Malaysia dijangka memeterai perjanjian perdaganga­n bebas ( FTA) dengan Hong Kong dan Iran menjelang akhir tahun ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata Malaysia setakat ini sudah memeterai 13 FTA deng a n r a k a n A S E A N s e r - ta rakan dialog yang lain.

“Kita perlu memperce- patkan lagi pemeteraia­n FTA ini ketika Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau ( RCEP) sedang mencatat kemajuan.

“Malah, FTA antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) juga sedang diusahakan,” katanya kepada pemberita selepas satu sesi penglibata­n dan perbincang­an mengenai prestasi perdaganga­n serta pelaburan Malaysia di Universiti Putra Malaysia, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ong berkata sektor minyak sawit menjadi tumpuan berikutan kebimbanga­n mengenai pendirian serta dasar diskrimina­si EU terhadap komoditi berkenaan.

EU merupakan pasaran minyak sawit terbesar Malaysia yang mana eksportnya bernilai RM10 bilion pada 2016.

FTA antara Malaysia dan 27 negara-negara EU juga dijangka meningkatk­an perd- agangan sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus berbanding 10 peratus ketika ini.

EU adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dengan jumlah daganganny­a pada Januari lepas menokok 9.7 peratus kepada RM12.9 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pada 2016, perdaganga­n dengan EU meningkat sebanyak 0.4 peratus kepada RM149.1 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia