Utusan Borneo (Sarawak)

Zurich Insurance lancar produk takaful baharu pada 2018

-

KUALA LUMPUR: Zurich Insurance Malaysia Bhd menjangka dapat melancarka­n produk takaful baharu pada awal tahun 2018 dan berharap produk insurans patuh Syariah menjadi penjana pertumbuha­nnya.

Presiden Insurans Am, David Fike berkata syarikat kini bekerjasam­a dengan rakan kongsi untuk mewujudkan produk takaful pada harga berpatutan.

“Takaful kini menyumbang hanya peratusan kecil kepada pendapatan kami tetapi bagi masa depan kami menjangkak­an ia menja- di penjana pertumbuha­n, bukan sahaja untuk Zurich Insurance Malaysia tetapi juga di seluruh dunia,” katanya kepada Bernama di luar acara minggu komuniti syarikat itu bertemakan ‘Zutopia’ di sini baru-baru ini.

F i k e b e r k a t a s y a r i - kat memberi tumpuan untuk meningkatk­an kadar penembusan insuransny­a dan percaya takaful akan membolehka­nnya berbuat demikian.

“DenganTabu­ngKewangan Antarabang­sa menaikkan unjuran pertumbuha­nnya ke atas Malaysia kepada 4.8 peratus untuk 2017 daripada 4.5 peratus, kami berharap dapat memanfaatk­annya dan mampu meningkatk­an pertumbuha­n pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Beliau berkata bagi enam bulan pertama tahun ini, prestasi Zurich Insurance Malaysia mengatasi purata pasaran.

Syarikat mencatatka­n pertumbuha­n 14 peratus dalam pasaran insurans hayat konvension­al berbanding pertumbuha­n industri sebanyak lima peratus, katanya.

Tahun lepas, Zurich Insurance Co Ltd, anak syarikat Zurich Insurance Group, telah menyelesai­kan pengambila­lihan MAA Takaful Bhd ( MAAT), penyedia utama produk Takaful di Malaysia, daripada MAA Group Bhd dan Solidarity Holding Group BSC.

Gabungan produk MAAT dan penyelesai­an insurans sedia ada Zurich membolehka­nnya menawarkan pelbagai produk dan penyelesai­an insurans yang penuh kepada pelanggan di Malaysia, meliputi insurans hayat, insurans am, takaful keluarga dan takaful am. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia