Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Parlimen Malaysia ke Eropah bagi mencari sokongan untuk minyak sawit

-

PUTRAJAYA: Malaysia akan menghantar enam penggubal undang-undang ke Eropah pada September depan bagi mendapatka­n sokongan anggota- anggota Parlimen Eropah berhubung dengan minyak kelapa sawit.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata enam anggota Parlimen (MP) yang terpilih itu akan datang dari Barisan Nasional (BN) dan dari kalangan bukan BN.

“Nama-nama mereka akan diumumkan apabila mereka bertolak ke Eropah,” ka- tanya kepada pemberita selepas perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Nutra Kosmeseuti­kal Sawit (PINC) 2017 di sini semalam.

Katanya, mereka sepatutnya berlepas dalam bulan ini tetapi telah dijadualka­n semula ke penghujung September kerana kebanyakan anggota parlimen Eropah masih bercuti untuk musim panas.

“Mereka ( anggota Parlimen yang terpilih) akan cuba untuk bertemu dengan seberapa ramai anggota Parlimen Eropah,” katanya sambil menambah bahawa tujuan tersebut adalah untuk memberikan gambaran yang lebih baik mengenai industri kelapa sawit.

Parlimen Eropah barubaru i ni m e n g e l u a r - kan satu resolusi kepada Kesatuan Eropah untuk melupuskan penggunaan minyak sayur- sayuran dalam biodiesel menjelang 2020 yang didakwa dihasilkan dengan cara yang membawa kepada kemusnahan hutan. Resolusi itu merangkumi minyak sawit.

Terdahulu dalam ucapannya, Mah menegaskan bahawa Malaysia terus berpegang teguh pada prinsipnya untuk mengekalka­n jumlah liputan hutan kepada lebih daripada 55 peratus daripada keluasan tanah keseluruha­n dan ini adalah lebih tinggi daripada negara-negara Barat yang menuduh sektor minyak sawit sebagai punca pembasmian hutan.

“Malaysia merupakan penyokong alam sekitar yang baik dan negara ini mengambil berat tentang perhutanan, flora dan fauna. Kerajaan juga mempunyai satu polisi yang mampan dalam industri kelapa sawit,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia