Utusan Borneo (Sarawak)

Public Mutual umum agihan RM247 juta untuk sembilan dana

-

KUCHING: Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumka­n pengagihan berjumlah lebih daripada RM247 juta untuk sembilan dana.

Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2017 adalah seperti berikut:

Dana Public Growth Fund bagi pengagihan kasar adalah 2.00 seunit, Public Far-East Property & Resorts Fund (1.50 seunit), Public Australia Equity Fund (1.20 seunit), Public Optimal Growth Fund (0.75 seunit), Public Islamic Opportunit­ies Fund ( 1.00 seunit), Public Islamic Select Enterprise­s Fund (1.00 seunit), Public Bond Fund (4.00 seunit), Public Islamic Select Bond Fund (3.50 seunit) dan Public Islamic Income Fund (3.00 seunit).

Public Growth Fund, Public Australia Equity Fund, Public Optimal Growth Fund, Public Islamic Select Enterprise­s Fund, Public Islamic Select Bond Fund dan Public Islamic Income Fund merupakan dana yang terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut satu kenyataan semalam, semua dana Siri Public diedarkan oleh perunding unit amanah Public Mutual.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruska­n lebih daripada 120 dana unit amanah.

Ia juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruska­n sembilan dana PRS.

Syarikat tersebut mempunyai 32 cawangan/pusat khidmat pelanggan di seluruh negara.

Pada hujung bulan Mei 2017, jumlah saiz dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut ialah sebanyak RM76.3 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia