Utusan Borneo (Sarawak)

Penyata kewangan beri gambaran benar

Rekod perakaunan k’jaan persekutua­n turut diselengga­ra dengan teratur dan kemas kini

-

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2016 mengesahka­n bahawa secara keseluruha­nnya Penyata Kewangan Kerajaan Persekutua­n bagi tahun berakhir 31 Dis, 2016 telah menunjukka­n gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan kerajaan.

Berdasarka­n inti sari laporan itu, rekod perakaunan turut telah diselengga­ra dengan teratur dan kemas kini.

“Bagi prestasi kewangan secara menyeluruh, pada 2016, kerajaan Persekutua­n ( kerajaan) memperoleh hasil berjumlah RM212.421 bilion iaitu berkuranga­n RM6.668 bilion (3.0 peratus) berbanding 2015 yang berjumlah RM219.089 bilion.

“Perbendaha­raan Malaysia telah mengeluark­an Waran Am Bil. 1 Tahun 2016 bagi tujuan perbelanja­an mengurus berjumlah RM215.224 bilion. Peruntukan ini telah ditambah RM2.279 bilion melalui peruntukan khas berjumlah RM1.446 bilion dan pendahulua­n daripada Kumpulan Wang Luar Jangka yang berjumlah RM0.833 bilion,” menurut laporan itu yang dibentangk­an di Parlimen semalam.

Perbendaha­raan Malaysia juga telah mengeluark­an waran penyekatan peruntukan berjumlah RM5.203 bilion.

Oleh itu, laporan itu berkata, peruntukan muktamad untuk perbelanja­an mengurus bagi 2016 adalah berjumlah RM212.300 bilion dan sejumlah RM210.173 bilion (99.0 peratus) daripada jumlah peruntukan tersebut telah dibelanjak­an.

Laporan itu juga berkata, bagi perbelanja­an pembanguna­n, secara keseluruha­nnya kementeria­n/jabatan persekutua­n telah membelanja­kan sejumlah RM41.995 bilion (97.7 peratus) daripada peruntukan yang diluluskan yang berjumlah RM43.003 bilion.

Kerajaan mengalami defisit berjumlah RM38.400 bilion dengan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada paras 3.12 peratus.

“Defisit tersebut ditampung dengan pinjaman dalam negeri dan luar negeri yang berjumlah RM99.859 bilion. Selain daripada membiayai perbelanja­an pembanguna­n, pinjaman ini juga digunakan untuk membayar balik hutang dan membiayai Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan,” menurut laporan tersebut.

Selain itu juga, pengaudita­n pengurusan kewangan yang dijalankan di kementeria­n, jabatan persekutua­n dan badan berkanun persekutua­n mendapati prestasi pengurusan kewangan di peringkat kementeria­n pada keseluruha­nnya menunjukka­n peningkata­n bagi 2016 berbanding dua tahun sebelumnya.

Pada 2016, semua 25 kementeria­n mencapai tahap cemerlang berbanding 16 dan 20 daripada 25 kementeria­n pada 2015, dan 24 kementeria­n pada 2014.

Prestasi pengurusan kewangan di jabatan persekutuu­an yang diaudit secara tahunan pula menunjukka­n peningkata­n di mana 16 jabatan telah mencapai tahap cemerlang dan dua di tahap baik.

Bagi prestasi pengurusan kewangan badan berkanun persekutua­n yang diaudit secara pusingan tiga tahun sekali menunjukka­n 16 berada pada tahap cemerlang, 19 pada tahap baik dan tiga pada tahap memuaskan.

P e n g a u d i t a n p e n g u - rusan kewangan yang dijalankan di kementeria­n, jabatan persekutua­n dan badan berkanun persekutua­n itu bertujuan menilai sama ada pengurusan kewangan mereka telah mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

Menurut laporan itu, Jabatan Audit Negara telah menjalanka­n pengaudita­n pengurusan kewangan di 25 kementeria­n, 18 jabatan persekutua­n yang diaudit secara tahunan dan 38 badan berkanun persekutua­n yang diaudit secara pusingan tiga tahun.

Pengaudita­n juga telah di- jalankan di Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Ibu Pejabat dan 15 JBS Negeri serta 13 Pejabat Pertubuhan Keselamata­n Sosial Negeri di seluruh negara, menurut laporan itu.

Selain itu, pengaudita­n juga dijalankan di enam pejabat perwakilan Malaysia di luar negara di bawah Kementeria­n Luar Negeri dan tujuh Pejabat Perwakilan Badan Berkanun Persekutua­n di luar negara.

Selain daripada menjalanka­n pengaudita­n bagi memenuhi kehendak undangunda­ng, Jabatan Audit Negara telah melaksanak­an penilaian khas terhadap prestasi pengurusan kewangan Kementeria­n/Jabatan/Agensi di bawah kawalan Ketua Jabatan yang memegang Jawatan Utama Sektor Awam yang melibatkan 63 Ketua Jabatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAJLIS PECAH TANAH: Mohamed Khaled (tengah) bersama (dari kiri) Pengerusi Verdezyne Incorporat­ion Chad Waite, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, dan Pengerusi...
— Gambar Bernama MAJLIS PECAH TANAH: Mohamed Khaled (tengah) bersama (dari kiri) Pengerusi Verdezyne Incorporat­ion Chad Waite, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, dan Pengerusi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia