Utusan Borneo (Sarawak)

Bio-XCell terima pelaburan RM3.08 bilion setakat ini

-

ISKANDAR PUTERI: BioXCell Malaysia, taman bioteknolo­gi dan ekosistem pertama di Malaysia, telah menerima pelaburan sebanyak RM3.08 bilion setakat ini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2.02 bilion pelaburan telah direalisas­ikan dan beliau yakin Bio-Xcell akan terus menarik lebih banyak pelaburan signifikan pada masa datang bagi memanfaatk­an industri berasaskan bio di negeri itu.

Dalam masa sama, usaha untuk memudahkan pelaburan daripada syarikatsy­arikat utama dalam bidang bio-pertumbuha­n tinggi akan terus dilakukan kerajaan negeri, selain menyokong pertumbuha­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berasaskan bio untuk menjadi sebagai pemain serantau.

“Pada masa depan, segmen pertanian, penjagaan kesihatan dan perindustr­ian berasaskan bio dijangka terus berkembang di Johor dan berikutan itu, kerajaan negeri akan meneruskan komitmen untuk memastikan Johor memiliki semua syarat yang diperlukan untuk pengembang­an perniagaan, menjana peluang pekerjaan serta menghasilk­an pembanguna­n mapan dalam industri berasaskan bio,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah Loji Sawit Verde Verdezyne di Kawasan Perindustr­ian Kluster Industri Logistik Selatan (SiLC) di sini, kelmarin.

Turut hadir Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an Johor, Datuk Tee Siew Kiong dan Pengerusi Verdezyne Corporatio­n, Chad Waite.

Bio-XCell seluas 160 ekar (64 hektar) dibangunka­n oleh Malaysian Bio-Xcell Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Perbadanan Pembanguna­n Bioekonomi Malaysia dan UEM Sunrise Bhd.

Mengenai loji itu, Mohamed Khaled berkata ia merupakan yang pertama seumpamany­a di dunia bagi memproses bahan-bahan daripada kelapa sawit yang boleh diperbahar­ui kepada asid dodecanedi­oic (DDDA) yang akan dikeluarka­n secara komersil.

Beliau berkata loji yang disasar siap antara 12 hingga 18 bulan itu, berupaya menghasilk­an kira-kira 6,000 metrik tan DDDA setiap tahun, sekali gus memberi nilai tambah kepada bahan-bahan daripada kelapa sawit.

Sementara itu, Waite berkata loji sawit Verde merupakan sebahagian daripada strategi pengembang­an menyeluruh syarikat ke Asia dan langkah penting dalam sasaran untuk menggantik­an bahan kimia yang dihasilkan daripada petroleum dengan penggantia­n bahan diperbahar­ui. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia