Utusan Borneo (Sarawak)

WMG rancang tambah simpanan tanah susulan penyenarai­an di pasaran utama

-

KUALA LUMPUR: WMG Holdings Bhd (WMG), yang mula disenaraik­an di Pasaran Utama Bursa Malaysia semalam, merancang untuk menambah simpanan tanah khususnya di Sandakan dan Kota Kinabalu, Sabah.

P e n g a r a h U r u s a n Kumpulan, Quek Siew Hau berkata, WMG bercadang melancarka­n beberapa projek dengan keluasan 17.85 hektar di Sabah, bernilai lebih RM1.3 bilion, terdiri daripada hartanah kediaman dan komersial.

“Projek yang dirancang itu akan menambah kepada projek yang sedang dilaksanak­an WMG, dengan anggaran Nilai Pembanguna­n Kasar (NPK) RM445.1 juta,” katanya kepada pemberita selepas penyenarai­an saham syarikat itu di sini, semalam.

Saham WMG disenaraik­an pada 50 sen, dengan premium dua sen dan 40,000 saham diniagakan ketika sesi pembukaan.

Setakat jam 11.20 pagi semalam, saham WMG berada pada 47 sen, susut satu sen daripada harga tawaran awam awalnya, dengan 154,000 saham diniagakan.

WMG kini mempunyai simpanan tanah yang belum dibangunka­n keseluruha­n kira-kira 250.9 hektar, daripada jumlah itu 178.8 hektar berada di Sandakan dan 72.03 hektar lagi di Kota Kinabalu.

Quek berkata, pasaran pembanguna­nhartanah diSandakan dan Kota Kinabalu adalah positif, didorong oleh perbelanja­an kerajaaan bagi projek infrastruk­tur di negeri itu, seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Bagi tahun kewangan berakhir 3 Dis, 2016, WMG mencatat perolehan keseluruha­n sebanyak RM95.1 juta, dengan segmen pembanguna­n hartanah menyumbang 79 peratus atau RM75.1 juta kepada perolehan itu.

Setakat ini, WMG melaksanak­an projek kediaman dan komersial di Sabah dengan NPK RM2.2 bilion, termasuk pembanguna­n hartanah kediaman utama seperti Taman Mawar, Taman Indah Jaya, Taman Sejati Ujana, Taman Bukit Sepangar dan Taman Rimba. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia