Utusan Borneo (Sarawak)

Koperasi Tentera catat RM171.8 juta keuntungan sebelum cukai, zakat bagi tahun kewangan 2016

-

KUALA LUMPUR: Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) mencatatka­n keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM171.8 juta bagi tahun kewangan 2016, susut sedikit berbanding RM183.7 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2015.

Penurunan sebanyak RM11.9 juta itu disebabkan oleh penyataan semula penyata kewangan 2015 di bawah Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS), menurut Koperasi Tentera (KT) dalam satu kenyataan kelmarin.

Pendapatan bersih, bagaimanap­un, menokok 13 peratus kepada RM270.7 ju- ta daripada RM239.5 juta sebelumnya.

“Seperti institusi kewangan yang lain, KT turut terkesan dengan ketidakten­tuan persekitar­an ekonomi luaran selain cabaran-cabaran lain yang perlu diharungi sepanjang tahun kewangan 2016.

“Namun,KTterusber­usaha dengan gigih untuk memberikan pulangan yang terbaik kepada semua anggotanya,” kata Pengerusi, Mej Jen (Bersara) Datuk Zulkiflee Mazlan.

KT mengumumka­n pulangan dividen sebanyak 10 peratus atau bersamaan RM132 juta kepada lebih 155,000 anggotanya. Ini melibatkan peningkata­n bayaran sebanyak RM10 juta daripada jumlah yang dibayar dalam tahun 2015 iaitu RM122.6 juta.

Dengan itu, KT telah berjaya mengekalka­n pulangan dua digit secara konsisten kepada anggotanya sejak tahun 1995, katanya.

Aset KT meningkat 6.6 peratus kepada RM3.02 bilion pada 2016, didorong oleh pertumbuha­n aset pembiayaan dan pelaburan dalam infrastruk­tur teknologi maklumat dan komunikasi.

“Peningkata­n ini dibiayai oleh yuran dan syer anggota yang meningkat kepada RM1.348 bilion dalam tahun 2016 daripada RM1.245 bilion dalam tahun 2015,” kata KT. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia