Utusan Borneo (Sarawak)

Sosialis Venezuela umum Kongres baharu

Dewan Perlembaga­an ditubuh setelah keputusan pilihan raya berpihak kepada Maduro

-

C A R A C A S : P a r t i pemerintah­an Venezuela Parti Sosialis telah berikrar bahawa badan induk perundanga­n yang baharu dilantik akan mulai meluluskan draf undangunda­ng dengan segera selepas proses pengundian yang diboikot pembangkan­g dan dikecam kerajaan asing sebagai melanggar demokrasi.

Kira-kira 10 maut dalam protes kelmarin anjuran penentang presiden haluan kiri tidak popular Nicolas Maduro, yang menegaskan Dewan Perlembaga­an yang baharu akan membawa keamanan selepas empat bulan protes yang telah meragut nyawa lebih 120 orang.

Pihak berkuasa pilihan raya negara CNE berkata, 8.1 juta pengundi keluar m e n g u n d i k e l m a r i n namun pembangkan­g menganggar­kan cuma 2.5 juta undi dibuang.

Pengkritik Maduro menggambar­kan pilihan raya tersebut sebagai satu rampasan kuasa yang bertujuan menjamin kedudukann­ya di sebalik krisis ekonomi yang menyebabka­n kebuluran dan menyebabka­n rakyat bergelut untuk mendapatka­n barangan asas dalam sebuah negara yang mempunyai populasi 30 juta.

“Dewan Perlembaga­an akan memulakan kerjanya dengan segera,” kata Diosdado Cabello, timbalan ketua Parti Sosialis, di hadapan rali pascapengu­ndian di Caracas yang meriah dengan tarian dan nyanyian sebelum kemuncakny­a pada waktu tenagh malam mengumumka­n kiraan undi rasmi dan ucapan penuh bersemanga­t Maduro.

“Selamat pagi Venezuela, kita sudah mempunyai Dewan Perlembaga­an!” laung beliau.

“Saya meminta rakan senegara untuk bergabung tenaga agar dewan ini boleh menjadi ruang untuk berdialog.”

Jabatan Luar Amerika Syarikat (AS) sementara itu berikrar akan mengambil tindakan tegas dan pantas ke atas ‘arkitek kuku besi’ yang menurut pegawai AS akan melibatkan sekatan ke atas sektor minyak.

Sekutu Sosialis memenangi kesemua 545 kerusi dalam dewan baharu itu yang mempunyai kuasa untuk menulis semula perlembaga­an dan membubarka­n institusi negara seperti Kongres yang kini dikuasai pembangkan­g, serta memecat pegawai yang menentang kerajaan.

“Dewan Perlembaga­an ini tidak akan menyelesai­kan sebarang masalah negara, ia hanya memburukka­nnya.

“Mulai esok, pentas baharu perjuangan bermula,” kata ketua pembangkan­g Henrique Capriles pada sidang akhbar lantas menyeru pusingan baharu protes pada tengah hari semalam.

Negara- negara Amerika Latin seperti Argentina dan Mexico, yang sentiasa berpihak dengan Washington dalam pertikaian wilayah, turut mengecam keras pengundian tersebut.

Ada di antaranya malahan enggan mengiktira­f keputusan pilihan raya itu, yang turut dikecam Sepanyol dan Kanada.

Cabello memberi petunjuk bahawa dewan tersebut akan menganjurk­an sesi dalam istana perundanga­n sama seperti Kongres sedia ada yang dikuasai pembangkan­g susulan kemenangan besar pada 2015.

“Mereka menghalau kita keluar dari pintu, kita masuk balik melalui tingkap.

“Kita tidak akan menyerah, kita akan meneruskan­nya sehingga kita menang dan pada hari ini, kita merasai kejayaanny­a,” katanya pada sidang akhbar.

Pembangkan­g mengiktira­f referendum tidak rasmi mengenai pelan Maduro pada Julai di mana lebih tujuh juta pengundi sebulat suara menolak dewan tersebut dan menuntut penganjura­n awal pilihan raya. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? MABUK KUASA: Maduro (tengah) dan para penyokongn­ya bersorak-sorai meraikan keputusan Dewan Perlembaga­an di Caracas, semalam.
— Gambar AFP MABUK KUASA: Maduro (tengah) dan para penyokongn­ya bersorak-sorai meraikan keputusan Dewan Perlembaga­an di Caracas, semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? SEPAKAT AKHIRNYA: Konvoi ambulans membawa mayat pejuang Hizbullah memasuki kampung al-Labweh di Baalbek-Hermel kelmarin dengan disambut penduduk tempatan dan pejuang.
— Gambar AFP SEPAKAT AKHIRNYA: Konvoi ambulans membawa mayat pejuang Hizbullah memasuki kampung al-Labweh di Baalbek-Hermel kelmarin dengan disambut penduduk tempatan dan pejuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia