Utusan Borneo (Sarawak)

Tiket palsu, penonton tidak bertiket punca rempuhan

-

JOHANNESBU­RG: Pihak berkuasa Afrika Selatan kelmarin menyatakan peminat yang tidak mempunyai tiket danpemegan­gtiketpals­uharus dipersalah­kan bagi kematian dua orang penyokong yang telah dipijak di stadium bola sepak negara.

Kejadian kecoh berlaku pada Sabtu lepas di stadium FNB di Johannesbu­rg, di mana perlawanan akhir 2010 telah diadakan.

Jacques Grobbelaar, CEO syarikat yang menguruska­n stadium, menyatakan beberapa orang peminat yang memiliki tiket tiruan atau tiada tiket langsung, telah merempuh masuk melalui satu bahagian pagar kecemasan selepas mengalih perhatian pengawal keselamata­n selama beberapa minit.

Dua orang kemudian telah dipijak sehingga mati oleh rakan peminat bola sepak, jelas beliau.

Insiden berlaku 20 minit sebelum bermulanya satu perlawanan tempatan pramusim pada Sabtu lepas di antara Kaizer Chiefs dan Orlando Pirates, pasukan paling popular di negara ini.

“Dalam siasatan awal dan selepas meneliti bahan video, kami berasa pasti bahawa ia bukannya satu rusuhan dalam apa-apa cara,” beliau memberitah­u AFP.

“Sekumpulan kira-kira 150 (peminat) telah pergi dari pagar ke pagar tanpa tiket, menarik perhatian pihak keselamata­n, cuba untuk memasuki secara haram pagar keselamata­n.

“Mereka berjaya untuk memecah masuk satu pagar keselamata­n dan mereka berjalan, mereka hanya berjalan, melalui pagar tersebut,” katanya.

“Ia kelihatan dua orang telah terjatuh dan mereka yang lain telah berjalan di atas mereka menyebabka­n trauma hentakan benda kasar,” tambah beliau.

Seramai 20 orang telah tercedera, seorang daripada mereka berada dalam keadaan serius.

Grobbelaar menyatakan dia telah memaklumka­n pihak polis pada Khamis lepas selepas mendengar terdapat tiket palsu yang dijual.

Sejurussel­epasacarai­tu,para pegawai stadium telah meneliti situasi namun memutuskan untuk meneruskan dengan perlawanan.

“Di bawah keadaan biasa anda boleh membatalka­n satu acara(ketika) seseorang telah meninggal dunia di tempat tersebut.

“Namun kami perlu berdepan dengan 87,000 orang yang telah berada di dalam stadium,” kata beliau lagi.

Stadium mempunyai satu kapasiti rasmi bagi 94,000 orang.

“Kita melihat pada risiko dan kami memikirkan dari perspektif risiko, risiko mungkin lebih kecil sekiranya kami tidak mengosongk­an kawasan.

“Dari perspektif moral saya berasa bahawa mungkin kami telah melakukan satu keputusan yang silap,” akui Grobbelaar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia