Utusan Borneo (Sarawak)

Militan rancang guna gas beracun, bom mentah

-

SYDNEY: Empat lelaki yang dituduh merancang untuk menjatuhka­n sebuah pesawat telah merancang untuk menggunaka­n gas beracun atau sejenis bom mentah yang disediakan seperti alat mengisar daging, menurut laporan semalam, dengan pihak berkuasa Australia menggelar persediaan sebagai “canggih”.

Lelaki berkenaan – dilaporkan sebagai dua orang ayah Lubnan-Australia dan anak lelaki – telah ditangkap dalam serbuan di sekitar Sydney pada petang Sabtu.

Sydney Daily Telegraph menyatakan mereka dikatakan merancang untuk membawa alat di dalam sebuah pesawat komersil dari Sydney ke satu destinasi Timur Tengah sebagai bagasi tangan.

Ia menyatakan idea adalah untuk menggunaka­n cebisan kayu dan bahan letupan di dalam satu bahagian peralatan dapur seperti sebuah mesin kisar.

Sydney Morning Herald turut melaporkan bahawa sebuah mesin kisar telah diperiksa, ketika akhbar The Australian memetik beberapa sumber sebagai menyatakan ia sebagai satu alat “bukan tradisiona­l” yang boleh mengeluark­an sejenis gas beracun berasaskan sulfur.

In i , me n u r u t n y a , boleh membunuh atau melumpuhka­n semua orang di dalam pesawat.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull menyatakan rancangan adalah “canggih” namun enggan untuk memberikan komen terhadap dakwaan yang mencurigak­an tentang cara serangan.

“Saya perlu untuk menghormat­i integriti siasatan,” kata beliau.

“Namun saya boleh menyatakan bahawa sudah pastinya pihak polis akan menyatakan mereka mempunyai niat dan telah membentuk kemampuan.

“Terdapat sesuatu yang jelas akan dikatakan sepanjang beberapa hari akan datang. Ia akan menyatakan bahawa ini adalah satu bermotifka­n pengganas ekstremis Islamis.”

Pe s u r u h j a y a Po l i s Persekutua­n Andrew Colvin kelmarin menyatakan industri penerbanga­n adalah satu sasaran yang berpotensi dan bahawa satu bahan letupan buatan sendiri telah terlibat.

Menteri Kehakiman Michael Keenan semalam menyatakan rancangan sebagai “agak sofistikat­ed”.

“Ia adalah satu rancangan untuk menjatuhka­n sebuah pesawat dengan idea penyeludup­an sejenis alat ke dalamnya bagi membolehka­n mereka berbuat sedemikian,” jelas beliau.

Pada lewat kelmarin seorang majistret telah memberikan kepada pihak polis tambahan tujuh hari lagi bagi menahan lelaki tersebut, yang tidak dinamakan secara rasmi, tanpa dakwaan.

Pi h a k po l i s te r u s mengumpulk­an bahan bukti semalam di lima buah rumah yang diserbu, memberikan amaran siasatan akan menjadi “sangat panjang dan berlanjuta­n”.

Rakaman TV pada Sabtu lepas menunjukka­n anggota polis rusuhan memasuki sebuah rumah teres di subbandar di Surry Hills, dengan seorang lelaki yang berbalut di kepalanya telah dibawa pergi oleh pihak berkuasa, dibalut dengan selimut.

Seorang wanita di alamat tersebut menafikan mereka mempunyai sebarang kaitan dengan keganasan.

Kawalan keselamata­n diperketat di lapangan terbang domestik dan antarabang­sa yang utama di sekitar Australia sejak serbuan, dengan para penumpang meminta untuk tiba lebih awal serta menghadkan bagasi mereka.

Paras amaran keganasan negara di Australia telah dinaikkan pada September 2014 ketika kebimbanga­n mengenai serangan oleh individu yang diinspiras­ikan oleh organisasi seperti Islamic State.

Sejumlah 12 serangan, sebelum yang terbaharu, telah dihalang sepanjang beberapa tahun lepas, sementara 70 orang lagi telah didakwa.

Beberapa serangan pengganas dilancarka­n sejak beberapa tahun, termasuk rampasan kafe Sydney pada 2014 yang turut melihat dua tebusan terbunuh. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DITELITI: Anggota polis menyelongk­ar sampah-sarap untuk mencari bahan bukti di blok pangsapuri di Lakemba, pinggir Sydney semalam selepas serbuan antiterori­sme di seluruh bandar tersebut kelmarin.
— Gambar AFP DITELITI: Anggota polis menyelongk­ar sampah-sarap untuk mencari bahan bukti di blok pangsapuri di Lakemba, pinggir Sydney semalam selepas serbuan antiterori­sme di seluruh bandar tersebut kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia