Utusan Borneo (Sarawak)

Skim piramid, China tangkap 230 suspek

-

BEIJING: Pihak polis China telah menahan 230 orang anggota bagi satu skim piramid yang disyaki, seminggu selepas satu tunjuk perasaan jarang dilakukan di Beijing menuntut satu tindakan terhadap kumpulan itu.

Skim tersebut, dikenali sebagai Shanxinhui atau “pertukaran budiman”, adalah di bawah siasatan dan pengasas kumpulan itu Zhang Tianming, bersama dengan tujuh orang pekerja, telah ditangkap pada awal bulan ini.

Namun dalam satu pertunjuka­n luar biasa bagi bantahan umum, beratusrat­us orang penunjuk perasaan bersama dengan skim itu telah berkumpul di bandar utama Beijing pada Isnin lepas dan 67 orang daripada mereka telah ditahan.

Beberapa keping gambar dan rakaman video di dalam media sosial menunjukka­n satu kumpulan besar melaungkan slogan dan memegang kain rentang merah menggesa Presiden Xi Jinping agar menghentik­an siasatan mengenai kumpulan itu, yang menurut mereka sebagai satu asas yang sah telah ditindas.

Kelmarin, biro keselamata­n aw a m Gu a n g d o n g menyatakan dalam akaun media sosial rasminya bahawa 230 orang anggota skim ini telah ditangkap, dengan 142 berdeoan dengan tuduhan jenayah.

Ia menambah bahawa 55 buah syarikat disyaki terlibat dalam skim telah berada dalam siasatan, dan berjanji untuk meneruskan dengan tindakan ini.

Shanxinhui merupakan Falun Gong bagi satu era baharu, menurut pengguna media sosial semalam, merujuk kepada kumpulan fahaman diharamkan yang ditumpaska­n dengan kejam oleh kerajaan China selama hampir dua dekad selepas ia mengadakan bantahan besar di tengah Beijing.

Shanxinhui telah mendaftar sebagai kumpulan perniagaan dalam aktiviti kebudayaan di bandar selatan Shenzhen pada 2013, penerbitan berbahasa China The Paper memetik berdasarka­n rekod kerajaan.

Akaun mikroblog rasminya Weibo adalah kosong sejak minggu lepas, dengan tiada kenyataan ditunjukka­n, dan laman sesawangny­a tidak dapat dimasuki.

Satu versi bagi laman sesawang menyatakan organisasi ini sebagai satu kumpulan pelaburan ekuiti diasaskan pada 2013 yang mempromosi­kan puncapunca seperti pemelihara­an perhutanan dan penguranga­n kemiskinan.

Sehingga Jun, seramai 2.3 juta penyertaan masih belum menerima bayaran di dalam skim melibatkan berbilionb­ilion yuan, menurut kepada pihak penyiaran China, Radio Negara China.

Pengasasny­a Zhang dan pekerjanya telah ditangkap bagi tuduhan menipu satu jumlah besar hartanah daripada mangsa di bawah penyamaran untuk membantu golongan miskin dan mencapai kekayaan biasa, menurut kenyataan polis.

Pihak polis telah menyiasat 2,826 kes skim piramid pada 2016, hampir 20 peratus lebih banyak berbanding jumlah yang dicatatkan pada 2015, menurut statistik Kementeria­n Keselamata­n Awam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia