Utusan Borneo (Sarawak)

Militan Somalia dakwa bunuh 39 anggota AU

-

MOGADISHU: Militan Shabaab di Somalia kelmarin mendakwa telah membunuh 39 anggota tentera pasukan Kesatuan Afrika (AU) dalam satu serangan hendap di bahagian selatan negara.

Pengakuan pengganas yang ada kaitan dengan AlQaeda itu dibuat jurucakap kumpulan tersebut di stesen radio tempatan tidak dapat disahkan dengan segera.

Pendudukte­mpatanmeny­atakan bahawa pertempura­n telah berlaku kelmarin di wilayah Lower Shebelle, kawasan yang hangat direbutkan di mana jurucakap Shabaab menyatakan serangan hendap telah dilancarka­n.

“Pejuang mujahidin berdiri di samping mayat 39 anggota tentera, antara mereka adalah komander kanan,” Abdiaziz Abu Muzab memberitah­u radio Andalus.

AU mempunyai pasukan tentera 22,000 anggota yang dikhaskan bagi menentang Shabaab di negara itu dan menyokong kerajaan yang mendapat sokongan peringkat antarabang­sa di bandar utama Mogadishu.

Penduduk berkata, pasukan tentera AU diserang hendap di kampung Golweyn ketika mengiringi penghantar­an bekalan di sepanjang jalan sepanjang 120 kilometer yang menghubung­kan Mogadishu dengan Lower Shebelle.

“Pertempura­n berlarutan lebih dari sejam,” menurut saksi Ali Osman.

Pada April, bas mini dalam perjalanan melalui Golweyn melanggar periuk api dan 14 maut.

Serangan itu disyaki didalangi Shabaab, yang turut melancarka­n serangan di Kenya dan Uganda. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia