Utusan Borneo (Sarawak)

11 penghuni hilang tempat tinggal

Sebuah kereta turut terjejas dalam kebakaran tiga rumah di Jalan Salim

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Tiga rumah terbakar termasuk sebuah mengalami kemusnahan 75 peratus dalam kejadian kebakaran di Lorong Sentosa Barat 2, Jalan Salim di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, 11 penghuni hilang tempat tinggal dan sebuah kereta turut terjejas akibat kebakaran tersebut.

Susulan insiden itu, pasukan bomba dan penyelamat dari dua balai dikerahkan ke lokasi kebakaran sekitar jam 9 malam.

Pasukan pertama dari BBP Sibu dengan keanggotaa­n enam orang menaiki jentera Scania diketuai oleh PBK II, Yusuf Tar manakala enam anggota diketuai PBK II, Tahir Tuah dan dua anggota lagi menaiki EMRS bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 9.15 malam.

Balai Bantuan dari BBP Sungai Merah dengan keanggotaa­n seramai lapan orang diketuai PBK II Majidi menaiki jentera Scania diikuti dua anggota menggunaka­n EMRS dan seorang lagi menaiki RRV.

Dalam operasi tersebut, pasukan pemadam menggunaka­n sumber air dari jentera dan pili Bomba berdekatan.

Polis turut berada di lokasi mengawal tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Menurutnya, dua unit rumah terjejas dimiliki oleh kakitangan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) manakala sebuah lagi dimiliki oleh pengawal keselamata­n.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 ??  ?? RANAP: Api marak memusnahka­n rumah dalam kebakaran di Lorong Sentosa Barat 2, Jalan Salim di Sibu malam kelmarin.
RANAP: Api marak memusnahka­n rumah dalam kebakaran di Lorong Sentosa Barat 2, Jalan Salim di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia