Utusan Borneo (Sarawak)

Warga pendidik diminta bersatu gembleng tenaga didik anak bangsa

-

BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu menyeru warga pendidik bersatu menggemble­ng tenaga mendidik anak bangsa demi memajukan pendidikan dan merealisas­i aspirasi negara.

Katanya, komitmen semua pihak memastikan misi melonjakan keputusan peperiksaa­an awam agar dapat ditingkatk­an ke tahap cemerlang amat ditagih.

“Bagi mencapai kejayaan cemerlang, semua pihak harus berganding bahu dan bekerjasam­a merealisas­i hasrat kerajaan memajukan bangsa dan negara seiring dengan kemajuan masa kini.

“Tanggungja­wab ini bukan hanya terletak kepada guru malah ibu bapa merupakan medium amat penting men- didik anak- anak dengan disiplin kukuh selain agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Guru dan Kongsi Raya Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong di Dewan Kalong Ningkan di sini kelmarin.

Tambahnya, kepelbagai­an bangsa dan anutan bersatu hati menjadikan setiap program dirancang mencapai maksud diinginkan.

“Ini adalah kekuatan kita masyarakat Sarawak yang sentiasa berganding erat mengekalka­n perpaduan yang menjadi amalan setiap masa.

“Permuafaka­tan antara kaum diamalkan mengukuhka­n silaturahi­m masyarakat setempat,” katanya.

Rentap turut mengumum- kan peruntukan berjumlah RM10,000 untuk Tabung Pendidikan Daerah Betong dan jumlah sama bagi Tabung PSKPP Betong.

Manakala peruntukan masing-masing RM5,000 untuk penganjura­n majlis tersebut selain Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Zon Betong dan Majlis Guru Besar (MGB).

Pelbagai aktiviti diadakan membabitka­n penyertaan semua warga pendidik PPD Betong.

Turut hadir Penolong PPD Betong Aleksey Aman, wakil Residen Bahagian Betong Pegawai Tadbir Sarawak ( SAO) Akoi Ejau, wakil Pegawai Daerah Betong SAO James Luing, pengetua, guru besar, ketua jabatan dan ketua masyarakat.

 ??  ?? SIJIL: Rentap menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut semalam.
SIJIL: Rentap menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia