Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas CEO FIC direman empat hari

-

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporatio­n (FIC) ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di London.

Perintah reman sehingga 4 Ogos itu dikeluarka­n Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukak­an permohonan di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Individu yang berumur 46 tahun itu kini merupakan seorang ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Sembilan.

Suspek yang tiba di pekarangan mahkamah dengan berkerusi roda, berbaju lokap SPRM dan bergari sambil diiringi pegawai SPRM pada 9.20 pagi kelihatan tenang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta SPRM2009. Suspek diwakili peguam Fahmi Abdul Muin dan Azra Kamarudin.

Fahmi berkata anak guamnya berkerusi roda kerana mengalami ‘slip disc’ serta ‘ muscle spasm’ dan perlu membuat pemeriksaa­n di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

SPRM menahan lelaki tersebut pada jam 9.20 malam kelmarin di Ibu Pejabat SPRM di sini setelah hampir 12 jam dia memberi keterangan.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC dengan harga yang dipercayai jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabka­n anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilapor membeli hotel empat bintang di Kensington pada harga STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Dis 2014. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporatio­n (FIC) ditahan reman empat hari oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel semasa dibawa ke Mahkamah...
— Gambar Bernama DIREMAN: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporatio­n (FIC) ditahan reman empat hari oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel semasa dibawa ke Mahkamah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia